Mengenali Vonad Sdn Bhd Ummi :)

Matlamat utama ummi ialah untuk menyediakan latihan profesional dalam bidang asuhan awal kanak-kanak.

Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada 3 Jabatan Kerajaan :

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

2. Perbendaharaan Malaysia di bawah Tajuk Pembekal Tenaga Pengajar (Rujukan : 357-02133121)

3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (Rujukan : Kod Pusat IB0099)

Team ummi adalah terdiri dari 18 orang tenaga pengajar dalam bidang asuhan kanak-kanak khususnya untuk TASKA. Mereka adalah individu profesional yang sangat berpengalaman( ada yang melebihi 20 tahun) terlibat dalam asuhan kanak-kanak samada sebagai pengusaha TASKA, penceramah/jurulatih atau sebagai pengasuh di TASKA.

Setiap TASKA adalah tertakluk di bawah Akta TASKA tahun 1984 dan wajib mempunyai kelulusan lesen daripada JKMM. Untuk mendapatkan lesen, setiap TASKA hendaklah mempunyai pengasuh yang terlatih dalam bidang asas asuhan kanak-kanak. Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak ummi dihadiri oleh ramai pengusaha, pengurus dan kakitangan serta pengasuh TASKA yang sedang beroperasi dan yang baru hendak ditubuhkan. Kursus ummi ini juga ramai dihadiri oleh orang-orang yang masih bekerja dan berminat untuk memiliki/menguruskan taska.

Sehingga tahun 2011, Vonad sudah menganjur sebanyak 30 kali Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang melibatkan peserta melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh taska serta ibu-ibu yang berminat mempelajari ilmu dan konsep perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada asuhanwithummi@gmail.com. Ummi cukup gembira untuk menjawabnya :)

Rabu, November 07, 2012

PENGUMUMAN: Telefon Tadika Vonad Putrajaya dilanda masalah....




                            Pengumuman

 Telefon di Tadika Vonad ummi yang bernombor  03-88881393 di Blok B-LG2, Presint 15-12A, Putrajaya sedang dilanda masalah. Ia tidak ada bunyi tone langsung. Ummi harap dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin .

Akan Tetapi, Ummi ada satu lagi nombor telefon Tadika yang berfungsi dengan baik. Nombornya ialah 03-88614171. Diharap, ibu bapa dapat menghubungi Tadika Vonad dengan nombor ini ataupun terus menelefon Guru Besar Tadika Vonad iaitu Puan Roslinda binti Haji Omar (hp no. 016-2201009).

Kebelakangan ini, bunyi deringan telefon Ummi semakin rancak semenjak Pendaftaran untuk sesi 2013 Tadika Vonad dibuka. Dijangka tahun ini Tadika Vonad Ummi penuh. Takwim 2013 yang sarat dengan aktiviti luar dan dalam Tadika yang mempunyai kelainannya yang tersendiri pun sudah siap dirangka. Ummi sentiasa doa agar murid-murid Tadika Vonad Ummi akan seronok belajar di Tadika Vonad Ummi.......dan mempunyai kenangan di situ yang terbaekk :-)  

emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.