Mengenali Vonad Sdn Bhd Ummi :)

Matlamat utama ummi ialah untuk menyediakan latihan profesional dalam bidang asuhan awal kanak-kanak.

Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada 3 Jabatan Kerajaan :

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

2. Perbendaharaan Malaysia di bawah Tajuk Pembekal Tenaga Pengajar (Rujukan : 357-02133121)

3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (Rujukan : Kod Pusat IB0099)

Team ummi adalah terdiri dari 18 orang tenaga pengajar dalam bidang asuhan kanak-kanak khususnya untuk TASKA. Mereka adalah individu profesional yang sangat berpengalaman( ada yang melebihi 20 tahun) terlibat dalam asuhan kanak-kanak samada sebagai pengusaha TASKA, penceramah/jurulatih atau sebagai pengasuh di TASKA.

Setiap TASKA adalah tertakluk di bawah Akta TASKA tahun 1984 dan wajib mempunyai kelulusan lesen daripada JKMM. Untuk mendapatkan lesen, setiap TASKA hendaklah mempunyai pengasuh yang terlatih dalam bidang asas asuhan kanak-kanak. Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak ummi dihadiri oleh ramai pengusaha, pengurus dan kakitangan serta pengasuh TASKA yang sedang beroperasi dan yang baru hendak ditubuhkan. Kursus ummi ini juga ramai dihadiri oleh orang-orang yang masih bekerja dan berminat untuk memiliki/menguruskan taska.

Sehingga tahun 2011, Vonad sudah menganjur sebanyak 30 kali Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang melibatkan peserta melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh taska serta ibu-ibu yang berminat mempelajari ilmu dan konsep perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada asuhanwithummi@gmail.com. Ummi cukup gembira untuk menjawabnya :)

Khamis, Oktober 04, 2018

OPEN DAY 6 OKTOBER 2018 JEMPUT DATANG YA..

Assalammualaikum wbt.

Ibu bapa yang dihormati serta diingati selalu...

Yang berada atau bekerja di Bandar Baru Bangi dan Putrajaya

Alhamdulillah hari ni Ummi boleh luangkan masa untuk menulis di blog ini lagi...Syukur Alhamdulillah.

Tadika Taska Vonad Islamic....tadika & taska yang Ummi usahakan akan mengadakan OPEN DAY pada 6 OKTOBER 2018. Open Day pada 22 September yang lepas sudah diuruskan dengan baik oleh semua kaum kerabat Tadika dan Taska Vonad...hehe...Alhamdulillah ada pekerja yang sangat bagus Allah kurniakan.

TESTIMONI seorang Ibu yang telah menghantar ketiga-tiga anak nya di Taska dan Tadika Vonad Bandar Baru Bangi sejak baby hinggalah 6 tahun....

Anda mungkin hendak tahu apa komen Ibu bersama Nisa Aziz...:-) Pasti anda akan teruja mendapatkan taska dan tadika Vonad Islamic untuk anak-anak anda.

Yang pasti, ummi akan pasti kan semua center Taska dan Tadika Vonad Islamic yang Ummi jaga mendidik anak-anak sebaik-baiknya sepertimana Ummi mendidik anak-anak Ummi yang 7 orang.



OPEN DAY 6 OCTOBER......2018  TASKA & TADIKA VONAD ISLAMIC,  
BANDAR BARU BANGI & PUTRAJAYA




Ini adalah list Tadika Vonad Islamic Ummi yang Ummi telah dapat buka dari tahun 2011..
1. Tadika Vonad Islamic Presint 15-12A




2. Tadika Vonad Islamic Presint 15-12B
3. Tadika Vonad Islamic Presint 16



4. Tadika Vonad Islamic Presint 18
5. Tadika Vonad Islamic Presint 9
6. Tadika Vonad Islamic Seksyen 7



7. Tadika Vonad Islamic Pangsapuri Kajang Impiana



8. Tadika Vonad Islamic Seksyen 8



....Taska-taska Vonad Islamic Ummi pula ini....

9. Taska Vonad Islamic Pangsapuri Kajang Impiana
10. Taska Vonad Islamic Presint 15-12A
11. Taska Vonad Islamic Taman Rimba Alam
12. Taska Vonad Islamic Presint 16
13. Taska Vonad Islamic MPKJ


Oh Ya...Persediaan awal Ummi untuk semua guru-guru Tadika Vonad Islamic.....mereka hendaklah mempunyai ilmu yang cukup untuk mendidik anak-anak menjadi cemerlang. See how happy Ummi's staffs after 2 days teaching course...:-)



Nampak tak Ummi di sebelah pensyarah berbaju hijau....hehehe....gambar terbaru Ummi...

Datang ya...jemput ke OPEN DAY TADIKA & TASKA VONAD ISLAMIC pada 6 OCTOBER 2018 di lokasi yang Ummi senaraikan.

Sila hubungi anak Ummi....Roslinda 016-2201009 untuk sebarang pertanyaan berkenaan Tadika dan sila hubungi anak Ummi...Norhayati 019-3576300 untuk sebarang pertanyaan berkenaan Taska.


emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.