Mengenali Vonad Sdn Bhd Ummi :)

Matlamat utama ummi ialah untuk menyediakan latihan profesional dalam bidang asuhan awal kanak-kanak.

Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada 3 Jabatan Kerajaan :

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

2. Perbendaharaan Malaysia di bawah Tajuk Pembekal Tenaga Pengajar (Rujukan : 357-02133121)

3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (Rujukan : Kod Pusat IB0099)

Team ummi adalah terdiri dari 18 orang tenaga pengajar dalam bidang asuhan kanak-kanak khususnya untuk TASKA. Mereka adalah individu profesional yang sangat berpengalaman( ada yang melebihi 20 tahun) terlibat dalam asuhan kanak-kanak samada sebagai pengusaha TASKA, penceramah/jurulatih atau sebagai pengasuh di TASKA.

Setiap TASKA adalah tertakluk di bawah Akta TASKA tahun 1984 dan wajib mempunyai kelulusan lesen daripada JKMM. Untuk mendapatkan lesen, setiap TASKA hendaklah mempunyai pengasuh yang terlatih dalam bidang asas asuhan kanak-kanak. Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak ummi dihadiri oleh ramai pengusaha, pengurus dan kakitangan serta pengasuh TASKA yang sedang beroperasi dan yang baru hendak ditubuhkan. Kursus ummi ini juga ramai dihadiri oleh orang-orang yang masih bekerja dan berminat untuk memiliki/menguruskan taska.

Sehingga tahun 2011, Vonad sudah menganjur sebanyak 30 kali Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang melibatkan peserta melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh taska serta ibu-ibu yang berminat mempelajari ilmu dan konsep perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada asuhanwithummi@gmail.com. Ummi cukup gembira untuk menjawabnya :)

Rabu, Januari 05, 2011

Taska Vonad Putrajaya, Presinct 15







































Ummi selalu memantau Taska dan Tadika Vonad agar kualiti dan perkembangan sahsiah bayi dan kanak-kanak di sini sentiasa terjaga. Begitu juga, pengasuh-pengasuh bayi dan kanak-kanak yang sentiasa alert dengan kehendak si kecil-si kecil ini. Ummi harap, Taska dan Tadika ummi di Putrajaya ini akan menjadi tempat terbaik untuk anak-anak yang memerlukan penjagaan semasa ibubapa sibuk bekerja. Ummi pun ada pengalaman berkerja hampir 40 tahun disamping menjaga dan memantau 7 orang anak-anak ummi. Ummi faham kenapa perlunya Vonad Babycare Center dan Taska Vonad di kalangan ibubapa yang bekerja.


emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.

Vonad Babycare Center di Taska Vonad Putrajaya












Taska Vonad Putrajaya di Presinct 15 letaknya berhampiran Mydin Presinct 15 Putrajaya. Gambar-gambar di atas adalah satu unit khas di dalam Taska Vonad Putrajaya, Vonad Babycare Center. Ia adalah khusus untuk penjagaan rapi baby di Taska Vonad ini. Ummi sangat bersyukur kerana setiap bulan Vonad Babycare Center dapat menjaga baby baru yang kecil dan comel. Jadi pengasuh-pengasuh di Vonad Babycare center ini sangat terlatih untuk menjadi si kecil yang baru sahaja bersama ibu dalam masa berpantang. Ceria dan amat berwarna warni Vonad Babycare Center dan juga Taska Vonad Putrajaya. Ummi telah lengkapkan ia dengan banyak peralatan permainan yang bersesuai untuk had umur bayi dan kanak-kanak.

Dalam masa yang datang, perkakasan dan juga kelengkapan di dalam Taska ummi kemas kinikan agar setara dengan keperluan perkembangan bayi dan kanak-kanak.


emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.

Tadika Vonad Putrajaya: Sehari sebelum 3 Januari, 2011

Pintu masuk hadapan Tadika Vonad ummi, Presinct 15 Putrajaya.


Halaman luar dan dalam Tadika Vonad Putrajaya ini sangat luas. Tadika Vonad bersambung dengan unit untuk Transit Petang. Luaran Tadika Vonad ini sudah tersedia playground untuk kanak-kanak keluar bermain semasa rehat atau ketika habis sessi tadika.



Laluan dari Tadika Vonad hingga ke tangga depan.




Tadika ini amat selesa dan luas di dalam dan diluarnya, membuatkan kanak-kanak selesa bermain dan belajar di Tadika Vonad ini.





Cucu ummi boleh berlari laju di dalam Tadika ini. Bayangkan sahaja luasnya bagaimana :)


Guru besar Cikgu Saniah sedang menguruskan sesuatu tu :). Beliau adalah cikgu sekolah sebelum bertugas di Tadika Vonad Putrajaya.










Cucu ummi sedang membaca buku E-Xra untuk bacaan Bahasa Malaysia. Nampaknya dia begitu kusyuk menyelak buku E-Xra. Mungkin ada sesuatu yang menarik perhatiannya.


Ini adalah salah satu dari 3 kelas di Tadika Vonad Putrajaya ini. Kelas ini cukup berwarna-warni dengan meja, kerusi dan dinding yang mempunyai warna yang terang.




Buku E-Xra dan juga Keyword: Peter & Jane untuk pembacaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.








Sebahagian daripada Tadika Vonad yang dijadikan tempat untuk Transit petang. Sungguh luas tempatnya dan selesa. Kanak-kanak bebas berlari disini,




Jalan di dalam Taska untuk ke bahagian Transit Petang.




Gambar-gambar ini ummi ambil sehari sebelum operasi Tadika Vonad Putrajaya pada 3 Januari 2011. Mural- mural dilukis sendiri oleh Cikgu Ija dan Cikgu Ita berminggu-minggu lamanya. Lihatlah, sekitar dalam dan luar Tadika Vonad yang ceria berwarna warni. Pada mula operasi ini, ummi telah lengkapkan Tadika Vonad ummi ini dengan perkakasan yang perlu untuk pembelajaran. Tadika ummi menggunakan e-Xra untuk bacaan Bahasa Malaysia dan juga "Keyword: Peter & Jane" untuk bacaan Bahasa Inggeris. Dua orang cucu ummi, Syafiqah dan Aiman tidak ada masalah membaca dan menulis bahasa Inggeris dengan asas bacaan keyword Peter & Jane yang mempunyai konsep yang amat bagus. Cucu-cucu ummi ini menggunakannya semasa 3 tahun belajar di Tadika Koperasi Minden USM. Tadika USM ini pun sudah berbelas-belas tahun menggunakannya. Bagi pembacaan Bahasa Malaysia, buku bacaan E-Xra memang mudah untuk diikuti dan diajar kepada kanak-kanak yang baru mula belajar membaca.


emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.