Mengenali Vonad Sdn Bhd Ummi :)

Matlamat utama ummi ialah untuk menyediakan latihan profesional dalam bidang asuhan awal kanak-kanak.

Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada 3 Jabatan Kerajaan :

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

2. Perbendaharaan Malaysia di bawah Tajuk Pembekal Tenaga Pengajar (Rujukan : 357-02133121)

3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (Rujukan : Kod Pusat IB0099)

Team ummi adalah terdiri dari 18 orang tenaga pengajar dalam bidang asuhan kanak-kanak khususnya untuk TASKA. Mereka adalah individu profesional yang sangat berpengalaman( ada yang melebihi 20 tahun) terlibat dalam asuhan kanak-kanak samada sebagai pengusaha TASKA, penceramah/jurulatih atau sebagai pengasuh di TASKA.

Setiap TASKA adalah tertakluk di bawah Akta TASKA tahun 1984 dan wajib mempunyai kelulusan lesen daripada JKMM. Untuk mendapatkan lesen, setiap TASKA hendaklah mempunyai pengasuh yang terlatih dalam bidang asas asuhan kanak-kanak. Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak ummi dihadiri oleh ramai pengusaha, pengurus dan kakitangan serta pengasuh TASKA yang sedang beroperasi dan yang baru hendak ditubuhkan. Kursus ummi ini juga ramai dihadiri oleh orang-orang yang masih bekerja dan berminat untuk memiliki/menguruskan taska.

Sehingga tahun 2011, Vonad sudah menganjur sebanyak 30 kali Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang melibatkan peserta melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh taska serta ibu-ibu yang berminat mempelajari ilmu dan konsep perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada asuhanwithummi@gmail.com. Ummi cukup gembira untuk menjawabnya :)

Rabu, September 12, 2012

OPEN DAY Tadika Vonad Putrajaya 22 & 29 September 2012 Sabtu

Wajah ceria murid-murid dan teachers Tadika Vonad Putrajaya yang bersiap sedia untuk pergi lawatan sambil belajar
Assalammualaikum,Salam Sejahtera ibu bapa yang dihormati...:-)

Kini tiba harinya untuk Ummi adakan Open Day Tadika Vonad Putrajaya

                                Open Day for New Registration 2013
                                   
Tempat: Tadika Vonad Putrajaya, Blok B-LG2 Presint 15-12A Putrajaya.
Tarikh: 22 & 29 September 2012 Sabtu
Masa : 9 pagi hingga 1 tengahari 


 Open Day ini diadakan khas untuk pendaftaran baru bagi kanak-kanak yang belum lagi belajar di Tadika Vonad Putrajaya. Bagi kanak-kanak Tadika Vonad, ibubapa boleh datang ke Tadika untuk sahkan pendaftaran untuk tahun seterusnya atau sahkan pendaftaran menerusi guru kelas. Tadika sedang mengemaskini senarai pelajar untuk tahun 2013. Oleh itu, pastikan anak-anak anda tidak ketinggalan.

Ibubapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak mereka di Tadika Vonad Putrajaya dipelawa untuk datang pada tarikh dan waktu yang tertera. Tempat adalah terhad. 

 Pengetua: Puan Roslinda 016-2201009;  Haji Omar (012-3220326); Hajjah Salimah (012-2902658).
Untuk sebarang pertanyaan, sila emel kepada ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.