Mengenali Vonad Sdn Bhd Ummi :)

Matlamat utama ummi ialah untuk menyediakan latihan profesional dalam bidang asuhan awal kanak-kanak.

Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada 3 Jabatan Kerajaan :

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

2. Perbendaharaan Malaysia di bawah Tajuk Pembekal Tenaga Pengajar (Rujukan : 357-02133121)

3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (Rujukan : Kod Pusat IB0099)

Team ummi adalah terdiri dari 18 orang tenaga pengajar dalam bidang asuhan kanak-kanak khususnya untuk TASKA. Mereka adalah individu profesional yang sangat berpengalaman( ada yang melebihi 20 tahun) terlibat dalam asuhan kanak-kanak samada sebagai pengusaha TASKA, penceramah/jurulatih atau sebagai pengasuh di TASKA.

Setiap TASKA adalah tertakluk di bawah Akta TASKA tahun 1984 dan wajib mempunyai kelulusan lesen daripada JKMM. Untuk mendapatkan lesen, setiap TASKA hendaklah mempunyai pengasuh yang terlatih dalam bidang asas asuhan kanak-kanak. Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak ummi dihadiri oleh ramai pengusaha, pengurus dan kakitangan serta pengasuh TASKA yang sedang beroperasi dan yang baru hendak ditubuhkan. Kursus ummi ini juga ramai dihadiri oleh orang-orang yang masih bekerja dan berminat untuk memiliki/menguruskan taska.

Sehingga tahun 2011, Vonad sudah menganjur sebanyak 30 kali Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang melibatkan peserta melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh taska serta ibu-ibu yang berminat mempelajari ilmu dan konsep perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada asuhanwithummi@gmail.com. Ummi cukup gembira untuk menjawabnya :)

Rabu, November 07, 2012

Pendaftaran untuk Tahun 2013 Semakin Rancak

Anak Murid Teacher Nur'Ain Kelas 4 Comel yang berumur 4 tahun sedang berbincang apa tue ? :-)

Pendaftaran bagi umur 4, 5 dan 6 tahun di Tadika Vonad Ummi di Blok B-LG2, Presint 15-12A, Putrajaya dan juga di Tadika Vonad Kajang Impiana, Bandar Baru Bangi sedang rancak berjalan. Setiap hari ada sahaja deringan telefon dan pendaftaran baru sesi 2013. Ummi juga tak ketinggalan menerima banyak calls daripada ibu bapa yang ingin mendaftar dan mengetahui lebih lanjut tentang Tadika Vonad Ummi :-)

Keseluruhannya, Ummi lihat pencapaian murid-murid pada tahun 2012 di Tadika Vonad Ummi amat Membanggakan. Rata-rata murid 4, 5 & 6 tahun ini sudah mahir menggunakan motor halus mereka dalam menulis dan membuat kerja seni kraftangan.
Ummi nampak kemahiran mereka dalam membaca dan mengira seawal umur 3 tahun menampakkan komitmen guru-guru dalam pengajaran harian mereka. Kanak-kanak yang mengikuti kelas Iqra' yang diajar oleh Ustazah khas pun ada yang sudah naik Al-Quran pada tahun 2012.

Perancangan Ummi untuk tahun 2013 yang lebih cemerlang, dengan komunikasi Bahasa Inggeris di Tadika Vonad Ummi dipertingkatkan lagi. Dan lagi, aktiviti luaran dan dalaman yang sudah dirangka rapi di dalam Takwim Tadika Vonad 2013 yang penuh dengan lawatan sambil belajar, sambutan harijadi beramai2, sukan, kempen, jemputan, kerjasama pembelajaran dengan badan-badan tertentu, graduasi dan lain-lain lagi. Doa Ummi agar Tadika Vonad 2013 akan lebih Cemerlang Gemilang dan Terbilang! Amin-amin Ya Rabbal Alamin....:-)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 
Tadika Vonad Putrajaya 03-88614171 ataupun terus kepada Guru Besar Tadika Vonad Putrajaya
Puan Roslinda Haji Omar hp no. 016-2201009. 

Penyelia Taska Tadika Vonad Kajang Impiana, Bandar Baru Bangi, Cik Iman 03-89223287/ 88837149

Emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.