Mengenali Vonad Sdn Bhd Ummi :)

Matlamat utama ummi ialah untuk menyediakan latihan profesional dalam bidang asuhan awal kanak-kanak.

Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada 3 Jabatan Kerajaan :

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

2. Perbendaharaan Malaysia di bawah Tajuk Pembekal Tenaga Pengajar (Rujukan : 357-02133121)

3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (Rujukan : Kod Pusat IB0099)

Team ummi adalah terdiri dari 18 orang tenaga pengajar dalam bidang asuhan kanak-kanak khususnya untuk TASKA. Mereka adalah individu profesional yang sangat berpengalaman( ada yang melebihi 20 tahun) terlibat dalam asuhan kanak-kanak samada sebagai pengusaha TASKA, penceramah/jurulatih atau sebagai pengasuh di TASKA.

Setiap TASKA adalah tertakluk di bawah Akta TASKA tahun 1984 dan wajib mempunyai kelulusan lesen daripada JKMM. Untuk mendapatkan lesen, setiap TASKA hendaklah mempunyai pengasuh yang terlatih dalam bidang asas asuhan kanak-kanak. Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak ummi dihadiri oleh ramai pengusaha, pengurus dan kakitangan serta pengasuh TASKA yang sedang beroperasi dan yang baru hendak ditubuhkan. Kursus ummi ini juga ramai dihadiri oleh orang-orang yang masih bekerja dan berminat untuk memiliki/menguruskan taska.

Sehingga tahun 2011, Vonad sudah menganjur sebanyak 30 kali Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang melibatkan peserta melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh taska serta ibu-ibu yang berminat mempelajari ilmu dan konsep perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada asuhanwithummi@gmail.com. Ummi cukup gembira untuk menjawabnya :)

Ahad, Ogos 28, 2011

Ummi Mencari...........

Vonad Kindergarten Teacher 


Vonad (M) Sdn Bhd is a fast growing company which specialized in early childhood education and training. We want to invite qualified female individuals to apply for Vonad Kindergarten Teacher base in Putrajaya and also in Bandar Baru Bangi.

Individual must be:
Female 20 years and above
Fluent in English and Malay

Minimum Diploma in Early Childhood Education.
Minimum 1 year experience in teaching
Loves children and also loves teaching

Interested individuals, please send your resume to asuhanwithummi@gmail.com. Questions? You can contact Ummi @ 012-2902658. Upon evaluation, you'll be contacted to attend an interview soon. Thank You.


Emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.

Lagu kanak-kanak kegemaran Cucu Ummi...Imran :)














emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.

Barney dan Kempen Makanan Sihat







emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.

Khamis, Ogos 04, 2011

KURSUS 2 HARI TADIKA dan TASKA di Pusat Latihan Vonad Kajang

Pada bulan September dan Oktober 2011, Ummi akan adakan Kursus 2 Hari Tadika dan Taska di Pusat Latihan Vonad Ummi di Kajang. Untuk sesiapa yang berminat mengetahui selok belok Bisnes Tadika dan Taska atau mempunyai idea dan impian membuka Tadika dan Taska, sila lawati laman web Kursus 2 Hari Tadika dan Taska Ummi:


Tarikh Penting Kursus 2 Hari Tadika dan Taska di Pusat Latihan Vonad Ummi adalah seperti berikut:
SEPTEMBER                                                               OKTOBER
Tarikh: 24 & 25 September                                           Tarikh: 29 & 30 Oktober
Masa:  9-5 Petang (Makanan disediakan)                 Masa:  9-5 Petang (Makanan disediakan)
Yuran Kursus: RM320                                                    Yuran Kursus: RM320

Ummi sarankan, pilihlah tarikh yang bersesuaian dengan anda. Peserta yang Ummi terima untuk kursus ini terhad kepada 40 orang sahaja dalam satu-satu masa. Diharap, jika ada yang impikan sebuah bisnes Tadika dan Taska silalah datang ke Kursus 2 Hari yang Ummi anjurkan ini. Ummi dan suami Ummi sangat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman dan resepi Tadika dan Taska yang berjaya :)

emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.

Rabu, Ogos 03, 2011

TADIKA VONAD Presint 15 di Putrajaya...setelah 6 bulan..:) 

Setelah pembukaan Tadika Vonad Ummi ini pada awal tahun ini, ternyata sambutan yang diterima sangat memberangsangkan. Dengan ilmu asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang Ummi ada, Ummi pasti akan menaik taraf Tadika Ummi ini dalam masa terdekat. Perancangannya mestilah RAHSIA dahulu :). Cuma sedikit yang boleh Ummi war-warkan di sini tentang pertukaran Pengetua Tadika Vonad ini bermula Januari 2012. Anak Ummi, Roslinda akan Ummi lantik menjadi Pengetua di sini. Hmmm.....:)

Ohh ya! Pendaftaran untuk tahun 2012 sudah mula dibuka sekarang. Jika ada yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak anda di Tadika Vonad Ummi ini sila hubungi Ummi @ 012-2902658. Terima Kasih.






























 Ummi @ 012-2902658
emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.