Mengenali Vonad Sdn Bhd Ummi :)

Matlamat utama ummi ialah untuk menyediakan latihan profesional dalam bidang asuhan awal kanak-kanak.

Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada 3 Jabatan Kerajaan :

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

2. Perbendaharaan Malaysia di bawah Tajuk Pembekal Tenaga Pengajar (Rujukan : 357-02133121)

3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (Rujukan : Kod Pusat IB0099)

Team ummi adalah terdiri dari 18 orang tenaga pengajar dalam bidang asuhan kanak-kanak khususnya untuk TASKA. Mereka adalah individu profesional yang sangat berpengalaman( ada yang melebihi 20 tahun) terlibat dalam asuhan kanak-kanak samada sebagai pengusaha TASKA, penceramah/jurulatih atau sebagai pengasuh di TASKA.

Setiap TASKA adalah tertakluk di bawah Akta TASKA tahun 1984 dan wajib mempunyai kelulusan lesen daripada JKMM. Untuk mendapatkan lesen, setiap TASKA hendaklah mempunyai pengasuh yang terlatih dalam bidang asas asuhan kanak-kanak. Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak ummi dihadiri oleh ramai pengusaha, pengurus dan kakitangan serta pengasuh TASKA yang sedang beroperasi dan yang baru hendak ditubuhkan. Kursus ummi ini juga ramai dihadiri oleh orang-orang yang masih bekerja dan berminat untuk memiliki/menguruskan taska.

Sehingga tahun 2011, Vonad sudah menganjur sebanyak 30 kali Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang melibatkan peserta melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh taska serta ibu-ibu yang berminat mempelajari ilmu dan konsep perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada asuhanwithummi@gmail.com. Ummi cukup gembira untuk menjawabnya :)

Rabu, Disember 08, 2010

Vonad Babycare Center di Taska Vonad Putrajaya

Vonad Babycare Center akan dibuka secara rasmi tidak lama lagi!!






Lihatlah gambar-gambar baby yang comel ini. Geramkan melihatnya. Bayi memerlukan belaian
kasih sayang khusus dari pengasuh yang arif akan keperluan bayi. Ummi akan membuka Vonad Babycare Center di Taska Vonad Putrajaya tidak lama lagi. Babycare Center ini akan mempunyai kelengkapan dan pengasuh yang khusus untuk bayi. Kedatangan bayi-bayi yang comel ini amat menggalakkan di Taska-taska ummi. Jadi, ummi rasa sudah sampai masa Babycare Center di dalam Taska Vonad Putrajaya ditubuhkan dengan rasminya. Inilah titik permulaan untuk satu usaha bagi jagaan bayi yang lebih rapi.

Ummi pun akan menimang cucu tidak lama lagi. Cucu ummi yang ke-11 :). Seronoknya rasa diberi peluang melihat cucu lagi di dalam bulan Muharram 1432 Hijrah.

emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.

Selasa, Disember 07, 2010

Kursus Asuhan Awal Kanak-kanak Vonad Datang Lagi!!!

Kursus Asuhan Awal Kanak-Kanak bagi sessi Disember 2010
Masa Berkhusus: 15 Hari
Pukul: 8 pagi hingga 5 petang.
Yuran: RM480 sahaja.

Ummi dan team ummi pakar melatih dan menerapkan konsep perkembangan menyeluruh dan perkara-perkara yang menjadi asas asuhan dan pendidikan anak-anak. Peserta juga diminta menjalani ujian amali di beberapa buah taska berdekatan. Mereka juga berpeluang berinteraksi dengan pegawai-pegawai PBT, Kesihatan, Bomba dan JKM untuk bertanyakan soalan-soalan yg tidak mungkin dapat dilakukan sekiranya tidak menyertai kursus. Ummi menyarankan sesiapa yang ingin memulakan bisnes taska atau pusat jagaan, Vonad mempunyai kepakaran memberikan tips dan cara kaedah yang betul dan berkesan sepanjang tempuh 15 hari berkursus.

Tempat:
======

Vonad Training Center, Kajang
============
Tarikh kursus bermula: 2 Disember 2010 hingga 22 Disember 2010


Butterworth, Pulau Pinang
====================
Tarikh kursus bermula 6 Disember hingga 27 Disember 2010
Kursus secara Sepenuh Masa


Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya
==========================
Tarikh Kursus bermuala: 11 Disember 2010 hingga 23 Disember 2010
Kursus hujung minggu


Hubungi: Hajjah Salimah (012)290-2658 dan Pejabat(03)8737-4275
Tempat sangat terhad! Cepat mendaftar...

emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.

Selasa, November 09, 2010

Tadika Vonad Putrajaya Pendaftaran dibuka untuk Kemasukan Januari 2011

Taska Vonad Putrajaya Presinct 15 bersebelahan Tadika Vonad Putrajaya


Pemandangan dari atas bukit di Lokasi Taska dan Tadika Vonad Putrajaya



Tadika Vonad Putrajaya dibuka untuk Pendaftaran untuk sessi Januari 2011.


Salam hormat semua,

Pada kali ini, Ummi memaparkan beberapa keping gambar Tadika Vonad
ummi di Presict 15 Putrajaya (bersebelahan dengan Taska Vonad Putrajaya)
yang akan dirasmikan pembukaannya pada awal bulan Januari 2011.
Lihatlah lokasi Tadika dan Taska Vonad Putrajaya yang sungguh nyaman
dengan pemandangan dari atas bukit.

Pendaftaran untuk "Batch Pertama" sessi Januari 2011 sudah dibuka untuk anak-anak berusia 4 tahun hingga 6 tahun.

Tadika Vonad Putrajaya ummi mengadaptasikan sistem pengajaran dan pembelajaran Tadika Koperasi Minden USM (Universiti Sains Malaysia). Dua orang cucu ummi telah belajar di sana selama 3 tahun. Ternyata, pengajaran dan pembelajaran pra-sekolah di Tadika Koperasi USM yang sangat berpengalaman ini mampu menjadi asas kukuh cucu-cucu ummi untuk cemerlang didalam pelajaran mereka semasa di sekolah rendah. Tahun 2011, sorang lagi cucu ummi akan mula bersekolah di sana.

Ummi @ 012-2902658
emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.

Selasa, Jun 15, 2010

Kursus Asuhan Awal Kanak-Kanak Vonad Datang Lagi!!!

Kursus Asuhan Awal Kanak-Kanak bagi sessi June, Julai dan Ogos, 2010
Masa Berkhusus: 15 Hari
Pukul: 8 pagi hingga 5 petang.
Yuran: RM480 sahaja.

Ummi dan team ummi pakar melatih dan menerapkan konsep perkembangan menyeluruh dan perkara-perkara yang menjadi asas asuhan dan pendidikan anak-anak. Peserta juga diminta menjalani ujian amali di beberapa buah taska berdekatan. Mereka juga berpeluang berinteraksi dengan pegawai-pegawai PBT, Kesihatan, Bomba dan JKM untuk bertanyakan soalan-soalan yg tidak mungkin dapat dilakukan sekiranya tidak menyertai kursus. Ummi menyarankan sesiapa yang ingin memulakan bisnes taska atau pusat jagaan, Vonad mempunyai kepakaran memberikan tips dan cara kaedah yang betul dan berkesan sepanjang tempuh 15 hari berkursus.

Tempat:
======

Johor Baharu
============
Tarikh kursus bermula: 28 Jun 2010 higga 16 Julai 2010
Tarikh akhir mendaftar kursus: 21 Jun 2010


Vonad Center, Kajang
====================
Tarikh kursus bermula 3 Julai hingga 8 Ogos 2010
Tarikh Akhir mendaftar kursus: 2 Julai 2010


Butterworth
===========
Tarikh Kursus bermuala: 19 Julai 2010 hingga 6 Ogos 2010
Tarikh Akhir mendaftar kursus: 12 Julai 2010


Hubungi: Hajjah Salimah (012)290-2658 dan Pejabat(03)8737-4275
Tempat sangat terhad! Cepat mendaftar...

emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.

Isnin, Jun 14, 2010

Taska Vonad Pertama di Buka di Presint 15 Putrajaya



















Alhamdullilah, ummi telah berjaya membuka sebuah Taska Vonad Putrajaya berdaftar yang pertama di Blok B-LG2, Parcel 15, Presint 15-12A, Putrajaya. Ia mula dibuka pada 1 April 2010. Tadika Vonad Putrajaya yang pertama juga akan dibuka pada awal tahun 2011 bersebelahan dengan Taska Vonad ini. Cawangan Taska Vonad yang kedua akan dibuka di Bandar Baru Bangi tidak lama lagi.

Taska Vonad Putrajaya menggunakan pendekatan "Perkembangan Menyeluruh" meliputi pembangunan Bahasa, Kognitif, Sosio-Emosi dan Fizikal.

Taska Vonad Putrajaya mempunyai kelebihan:
1. Mempunyai pengasuh yang terlatih, terpilih dan telah lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak yang diwajibkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat kepada semua Taska dan Pusat Jagaan.
2. Mengutamakan dan menerapkan standard asuhan berkualiti iaitu menggalakkan perkembangan Bahasa, Kognitif, Sosio-emosi dan Fizikal kanak-kanak.
3. Menyediakan aktiviti taska yang sesuai dengan umur kanak-kanak.
4. Menyediakan makanan yang seimbang.
5. Menyediakan permainan dan peralatan taska yang sesuai dan mencukupi.
6. Mengutamakan ciri-ciri keceriaan, kebersihan dan keselamatan.


Sila hubungi:
03-87374275 (Ofis Vonad)
012-2902658 (Hajjah Salimah)
013-2465048 (Husna>Pegawai Taska Vonad Putrajaya )

Sebarang pertanyaan kepada ummi @ asuhanwithummi@gmail.com



































































































































































































































































































emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.

Jumaat, April 16, 2010

Kebaikan Kursus Asuhan Kanak-Kanak (KAAK)

Ummi sangat tekankan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak.
Hmm....agak-agaknya kenapa ya? Jom teliti info dibawah
dan anda akan tahu kenapa...

Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK)adalah berdasarkan Modul
-modul Komprehensif yang mengambil masa dan penelitian yang
terperinci untuk dikeluarkan oleh JKMM. Yuran yang ditetapkan
oleh JKMM untuk peserta2 KAAK adalah sebanyak RM480. KAAK bukan
hanya berdasarkan kokurikulum sahaja. Kursus sebegini tidak
harus dipandang ringan terutamanya oleh para Pengusaha Taska
penyelia dan juga pengasuh. Pengajaran KAAK adalah berpandukan
modul-modul yang menyeluruh bagi kepentingan perkembangan kanak-kanak.

Peranan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK)
===============================================
1. Kursus ini memberikan ilmu pengetahuan kepada pengasuh dan
bakal pengasuh serta penyelia TASKA dan ibu bapa mengenai
perkara-perkara utama dalam pengasuhan kanak-kanak supaya
kanak-kanak mengalami perkembangan menyeluruh.

2. Kursus ini memberikan bimbingan dan panduan lengkap kepada
setiap pengusaha untuk menguruskan TASKA pada tahap paling
optimum.

3. Kursus ini membantu setiap pengusaha, pengurus, penyelia dan
pengasuh di TASKA mematuhi kehendak Akta Taman Asuhan
Kanak-Kanak 1984.

4. Setiap TASKA diwajibkan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia (JKMM). Kegagalan sesebuah TASKA untuk
berdaftar boleh menyebabkan pengusahanya disabitkan dengan
satu kesalahan di bawah Akta tersebut.


Kandungan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK)
================================================

1. Pengenalan kepada pengasuhan kanak-kanak di TASKA

2. Perkembangan yg menyeluruh kanak-kanak 4 tahun dan ke bawah

3. Perkembangan fizikal

4. Jenis-jenis aktiviti yg menyumbang kpd perkembangan fizikal

5. Perkembangan sosio-emosi

6. Jenis-jenis aktiviti yg menyumbang kepada perkembangan sosio-emosi

7. Perkembangan bahasa

8. Jenis-jenis aktiviti yg menyumbang kpd perkembangan bahasa

9. Perkembangan kognitif

10. Jenis-jenis aktiviti yg menyumbang kepada perkembangan
kognitif

11. Kesihatan, memahami keperluan makanan yang selamat, seimbang
& berkhasiat

12. Jenis-jenis aktiviti yg berkait dgn pemakanan kanak-kanak

13. Persekitaran untuk kegiatan dalam dan luar TASKA

14. Menyediakan peralatan luar dan dalam TASKA

15. Pergerakan kreatif

16. Menjaga kebersihan bayi & kanak-kanak dan kebersihan TASKA

17. Kegiatan kreatif kanak-kanak

18. Merancang dan menyediakan jadual akitiviti harian TASKA

19. Amalan asuhan yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak

20. Pentingnya peranan ibu bapa di TASKA

21. Cerita dan nyanyian bagi kanak-kanak

22. Perhubungan dan interaksi

23. Menyediakan barang permainan kanak-kanak dari bahan kos
rendah

24. Tugas-tugas pengasuh dan kakitangan lain di TASKA

25. Akta TASKA 1984 (seperti dipinda)

26. Proses Pendaftaran TASKA dan penalti kalau tidak berdaftar

27. Perlindungan kanak-kanak

28. Mengetahui jenis-jenis rekod di TASKA, cara menyelenggara
dan meyimpannya

29. Ceramah drp wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan
Kesihatan, Jabatan Pergigian, Jabatan Bomba & Keselamatan
serta Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan.


Ummi pasti, sesiapa yang pernah mengambil kursus KAAK akan berasa
manafaat yang tidak terhingga daripada kursus yang dianjurkan.

emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.

Khamis, April 15, 2010

Kecuaian Pengasuh atau Kurangnya Pengetahuan Pengasuh

Pada hari ini semua akhbar memaparkan berita bayi yang tercekik
kerana pengasuh menyuapkan fish ball yang telah dibelah dua.

Seingat ummi, ummi sentiasa memastikan makanan yang dimakan
anak-anak ummi adalah selamat setiap masa terutama sebelum
mencecah usia 4 tahun. Makanan mesti digunting/dipotong kepada
saiz yang kecil-kecil supaya senang anak-anak kecil menelannya.
Sebab anak kecil ada yang mengunyah makanan yang disuap dan
ada yang terus menelan makanan tanpa mengunyah. Apatah lagi
bila menyuap makanan kepada bayi sembilan bulan yang belum
keluar gigi sepenuhnya. Mungkin makanan itu terus ditelan!

Pengalaman ummi melihat cucu ummi tercekik dengan ketulan
kecil ayam memang mencemaskan. Kebetulan waktu itu, saudara
ummi sedang menyuapkan anaknya yang setahun lebih tua dari
cucu ummi ini bubur nasi bercampur dengan ketulan kecil ayam
sup yg dipotong2. Ya, dipotong2 kecil tetapi bukan untuk
cucu ummi yang baru tumbuh beberapa batang gigi. Dia masih
makan ayam yang dipotong halus. Sebaik saja cucu ummi menelan
suapan itu, dia sudah nampak tercekik, mata berair seakan
hendak menangis dan mula tergapai2. Cepat-cepat ummi berikan
bantuan kecemasan. Ternyata, ia menyelamatkan cucu ummi.
Alhamdullillah, pengetahuan ummi menyelamatkan keadaan.

Kecuaian atau pengetahuan cetek pengasuh boleh menyebabkan tragedi
berulang kembali. Ia teramat perit untuk diterima oleh ibubapa.
Taska yang berdaftar dengan JKMM mempunyai pengasuh-pengasuh
yang sudah mendapatkan sijil Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak
yang diiktiraf oleh JKMM. Sehingga kini, banyak taska yang
beroperasi tanpa berdaftar dengan JKMM.

emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.

Rabu, April 07, 2010

Kursus KAAK datang lagi :)

Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) oleh team ummi akan berjalan tidak lama lagi. Kursus KAAK ini sangat la penting. Ia memberi panduan kepada pengusaha dan pengasuh untuk mengasuh anak-anak berteraskan perkembangan menyeluruh kanak kanak. Anak-anak hari ini adalah harapan kita pada masa hadapan!

KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK, HENTIAN KAJANG
Kursus bermula: Sabtu April 17,2010 hingga Ahad Mei 23,2010 (Hari Sabtu & Ahad).
Lokasi:Pusat Latihan VONAD, Hentian Kajang, Off Jln REKO.
Tempat terhad: 40 orang
Yuran: RM 480.00 seorang (ditetapkan oleh JKMM)


Vonad ummi sentiasa bersedia menganjurkan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) untuk pengusaha dan pengasuh di TASKA serta ibubapa yang berminat mengetahui ilmu asuhan kanak-kanak secara wholistik. Kursus ini diadakan pada hari kerja (Isnin-Jumaat) dan hujung minggu (Sabtu & Ahad).

Anda yang berminat, ummi sangat alu-alukan untuk menyertai KAAK. Jemputlah....
sila hubungi Vonad ummi di talian :
012-2902658 (Hjh Salimah)
012-3220326 (Hj Omar)
03-87374275 (Nor Seha) di waktu pejabat.

emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.

Khamis, Januari 07, 2010

Bilik Penginapan Selesa dan Murah bagi Peserta KAAK



Bilik penginapan untuk para peserta ini ummi sediakan untuk memudahkan peserta yang memerlukannya. Maklumlah, peserta-peserta KAAK datang sejauh Sabah dan Sarawak, juga Perlis dan Johor.

Bilik air dan bilik mandi di penginapan ini ada 4, terletak dipenghujung koridor. Tempat penginapan ini memang selesa, lengkap dan murah. Mudah untuk peserta guna. Hanya ditingkat atas Pusat Latihan Vonad.




Surau ummi sediakan ditingkat atas tempat kediaman para peserta KAAK.





Sepanjang koridor panjang ini, ada dilengkapi bilik-bilik penginapan bagi para peserta yang memerlukan tempat untuk menginap sepanjang waktu berkhusus. Harga sewaan bilik cuma RM15/sehari (tidak termasuk makan). Kedai makan pun memang banyak di sekeliling Vonad. Mudah untuk para peserta Vonad makan mengikut citarasa selera mereka. Pada sesiapa yang suka nasi kandar, cuma perlu melintas jalan di depan Pusat Latihan Vonad....dah pun sampai! :)




Di penghujung koridor, ada disediakan televisyen di ruang tamu. Sepanjang pemerhatian ummi, peserta memang penat selepas habis berkhusus pada setiap hari berkhusus. Sampai bilik sahaja, terus tidur. Keesokan paginya, khusus bermula pada 8:30 pagi. Seawal 7:30 pagi, para peserta yang memandu sendiri sudah sampai sebab nak elak kesesakan lalulintas.

Emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.

Kraftangan Kreatif dari Peserta-peserta KAAK


















Inilah sebahagian daripada projek-projek yang sangat kreatif dari peserta-peserta KAAK. Pusat Latihan ini yang pada mulanya kosong tanpa sebarang hiasan, kini mula penuh dengan kerja tangan para peserta ummi ini. Ummi sangat berterima kasih kepada peserta-peserta ini. Ummi terpegun melihat sesetengah kerja seni ini hanya menggunakan tangan sepenuhnya, tanpa sebarang berus atau sebarang alatan lain. Lihatlah! cucu ummi Imran..terpegun melihat haiwan zebra :) (lihat Imran di gambar yg mula-mula sekali di post ini.)

Emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.











Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak




Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) dibuka pendaftarannya sekarang! Tempat terhad.
Peserta-peserta khusus KAAK ini ummi lihat datang dari seluruh negeri di Malaysia. Nampaknya tak ada sebarang masalah untuk menghadiri khusus yang ummi anjurkan ini). Kedudukan pusat ini pun menyenangkan sesiapa yang ingin menyertai kursus yang ummi anjurkan ini. Ummi gerenti Pusat Latihan Vonad ummi ini memang senang dicari.
Emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.

2 Bilik berkhusus KAAK

1) Bilik berkursus Pertama


2) Bilik berkursus Ke-dua.
Vonad ada menyediakan 2 bilik berkursus yang lengkap dan selesa (Pengajar menggunakan komputer, projektor dan skrin dan juga papan putih untuk menulis sebarang nota penting). Pusat latihan ini pun baru dan selesa. Bilik-bilik ini juga berhawa dingin. Pusat ini boleh disertai oleh 40 pelajar sahaja dalam sesuatu jangka masa khusus. Tempat memang terhad!
Emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.

Rabu, Januari 06, 2010

Vonad Sdn Bhd ummi menganjurkan Kursus Bisnes Taska dan Tadika Berkualiti



Inilah Vonad Sdn Bhd ummi yang terletak bersebelahan dengan KWSP di stesyen bas Kajang. Pejabat Vonad dan kediaman para peserta terletak di tingkat 3 dan 4. Kursus Bisnes Taska dan Tadika selama 2 hari akan di adakan di sini pada masa yang terdekat.


Alamat Pusat Latihan Vonad ini adalah di 5A, Jalan Hentian 3, Hentian Kajang Off Jalan REKO, 43000 Kajang.

012-2902658 (Hajjah Salimah)

Jika ada sebarang pertanyaan, emel ummi @ asuhanwithummi@gmail.com