Selasa, Januari 20, 2015
Pembantu Tadika DIPERLUKAN
Assalammualaikum wbt. ,
Tadika Taska ummi memerlukan beberapa orang pembantu tadika yang boleh memasak untuk anak-anak Tadika Taska ummi dan membuat tugas pembersihan. Jika anda ada seseorang yang berminat dengan tugas ini, sila hubungi Ummi @ 012-2902658 atau anak ummi Roslinda @ 016-2201009.
emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.
Jumaat, Januari 16, 2015
Anda mampu Potty Train anak
Cucu lelaki ummi yang bongsu, Najmi telah mula tidak pakai pampers siang sejak umur 2 tahun 3 bulan. Malam mula-mula pakai pampers sebab kekadang terkencing juga. Bila menjangkau umur 2 tahun 5 bulan, dah sepenuhnya tidak pakai pampers malam.
Najmi seperti kanak-kanak lain, aktif, ceria, suka bermain dengan abangnya Imran bila sahaja abangnya mula bermain permainan. Cakapnya pelat lagi, ada yang masih tidak boleh difahami, ada yang jelas. Yang jelas, Najmi faham apa yang dicakapkan oleh orang-orang sekeliling walaupun dia belum mula bercakap walaupun orang-orang bercakap dibelakangnya. Najmi mula bercakap lambat sedikit pada umur 2 tahun, tapi bila dah mula bercakap pot pet nya kemain banyak.
Pada umur 2 tahun Najmi dah boleh menahan kencing pada masa yang agak lama, bila dia kencing pampers terus penuh atau semasa tidur siang pampers tak dapat tampung kencingnya yang banyak...overflow. Jadi, bila ibu bapa dapat identify anak-anak sudah boleh menahan kencing, pada masa ini lah biasakan anak anda pergi toilet kencing. Sebelum tidur siang atau malam masih boleh beri minum susu, tetapi jangan lupa kencingkan anak. Bilamasa hujung minggu bila anda ada di rumah, atau anda boleh suruh maid anda bawa anak anda secara rutin dalam 1 jam setengah untuk ke toilet...anda boleh tentukan masa.
Mula-mula ada lah sekali terkencing dalam seluar sebab Najmi taktau nak cakap apa nak kencing atau secara verbal tunjuk nak kencing :-) Kemudiannya, Najmi dah memegang2 seluarnya tak selesa dan duduk tak diam, anak ummi terus bawa dia kencing. Kemudian, bilamasa Najmi tunjuk tanda nak kencing, anak ummi akan bertanyakan Najmi...dan Najmi meng ia kan. Sejak awal 2 tahun lagi, Najmi tidak dipakaikan pampers dan ibunya bawa secara rutin ke toilet. Dalam umur 2 tahun 3 bulan, Najmi dah pandai cakap nak kencing dengan cakapnya yang pelat dan separa perkataan sahaja :-). Dan juga, boleh beritahu buang air besar dan tanggal seluar nya sendiri. Anda sendiri tahu anda ada anak yang cerdik :-).
Apa-apa pun ibu bapa sebenarnya mampu latih anak untuk kencing di toilet. Tak perlu anak-anak pakai pampers sehingga umur 4 tahun sehingga size XXL. Tak perlu belanja beli pampers pakai buang setiap bulan, boleh simpan masuk tabung anak-anak duit beli pampers ini. Cucu-cucu lelaki ummi tiga beradik ni semuanya mula tak kencing malam seawal 2 tahun lebih. Dan mereka sejak baby, tidak bangun malam menyusu. Mereka tidur nyenyak seperti orang dewasa :-). Al-Quran adalah teman terbaik sepanjang masa mengandung.
Jadinya, anak sekecil Najmi boleh dibawa berjalan samada dalam kereta atau ke mana2 sahaja oleh ibu bapa nya tanpa merasa risau anak ini terkencing dalam seluar. Ia adalah realiti. Sebelum naik kereta untuk perjalanan yang jauh, Najmi faham dia kena pergi kencing dahulu :-). Semasa berjalan2 di mall atau mana2 jika keadaan agak lama, ibunya akan tanya samada Najmi nak kencing atau tidak. Jika Najmi rasa nak kencing, dia akan meng ia kan. :-) Semuanya di permudahkan...jika anak telah biasa dengan rutin potty train.
emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.
Langgan:
Catatan (Atom)