Isnin, Oktober 14, 2013
Anak Bongsu Hajjah Salimah & Haji Omar, Aishah ke Al-Azhar University
Assalammualaikum w.b.t.
Lama sudah rasanya Ummi tak update blog ni....
Berita yang Ummi nak sampaikan kali ini, ialah tentang anak Ummi, Aishah yang akan fly ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang perubatan di Universiti Al-Azhar, Mesir.
Hati Ummi dan suami bersama-sama seluruh keluarga kali ini agak berlainan dari keadaan yang sebelum ini...
Kali ini anak bongsu Ummi akan terbang ke negara yang mana Kedutaan Malaysia di sana telah keluarkan Etika Kod Keselamatan kepada semua pelajar Malaysia di sana.
Kali ini Ummi dan keluarga tawakkal kepada Allah. Jika tidak benarkan Aishah ke sana, anak Ummi ini sudah excited untuk sambung pengajiannya di dalam bidang perubatan di Mesir dan telah pergi berkursus untuk satu tempoh jangka pendek di UPM pada tahun ini.
Anak bongsu Ummi, Aishah bertukar dari seorang budak yang hampir di hujung ranking di kelas yang akhir rankingnya di Sekolah Tun Fatimah kepada pelajar cemerlang pada tahun yang sama! Dari mula Aishah masuk ke Sekolah Tun Fatimah, keputusannya tidak cantik seperti kakak-kakaknya yang lain. Kakak-kakak nya selalu menasihati Aishah, tapi masa dan kesedaran belum sampai lagi agaknya.
Ummi sangat berterima kasih kepada Cikgu-cikgu & Pengetua Sekolah Tun Fatimah yang sangat komited -sebuah sekolah perempuan terbaik di Malaysia dan Alhamdulillah boleh make something impossible to be a reality. Nothing is Impossible.... :-)
Itulah laluan hidup anak-anak Ummi....ada yang terus, dan ada juga yang banyak cabarannya dan rintangan yang perlu dihadapi. Semuanya berjaya diharungi, Alhamdulillah.
Ummi sentiasa bersikap optimistik dan bertawakkal kepada Allah yang Maha Esa. Segala-galanya berlaku
dengan usaha yang diredhai dan mendapat keberkatan dari Allah.
Sama-samalah kita, kepada semua pembaca blog AsuhanwithUmmi mendoakan keselamatan dan kejayaan anak Ummi, Aishah sepanjang pengajian Perubatannya di sana. Amin.
Terima Kasih ya :-)
emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.
Pampers & Susu di Tadika Vonad sesi 2014
Assalammualaikum w.b.t.
Ibu Bapa yang dihormati,
NEW UPDATE Tentang Pemakaian Pampers & Susu di Tadika sesi 2014.
=====================================================
* Pampers- Pampers hanya dibenarkan pakai kepada murid Tadika kelas 4 tahun sahaja yang masih memakai pampers. Teachers akan train anak-anak ini untuk ke tandas dalam satu tempoh masa. Ibu Bapa juga diminta memberi kerjasama, sama-sama train anak-anak potty train di rumah untuk menjayakan usaha ini. Dengan semua anak-anak cerdik potty train, pembelajaran di dalam kelas akan lebih lancar.
**** Segala berita tentang, Tadika tidak terima langsung anak-anak pakai pampers adalah TIDAK BENAR.
* Susu- Tadika Vonad sentiasa menyokong usaha ibu bapa untuk meneruskan pemberian susu kepada anak-anak. Pada 2014, pemberian susu dengan cawan dimulakan kepada semua anak-anak yang masih menyusu.
***** Segala berita tentang, Tadika tidak benarkan anak menyusu adalah TIDAK BENAR.
regards,
Roslinda Haji Omar
Emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.
Langgan:
Catatan (Atom)