Mengenali Vonad Sdn Bhd Ummi :)

Matlamat utama ummi ialah untuk menyediakan latihan profesional dalam bidang asuhan awal kanak-kanak.

Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada 3 Jabatan Kerajaan :

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

2. Perbendaharaan Malaysia di bawah Tajuk Pembekal Tenaga Pengajar (Rujukan : 357-02133121)

3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (Rujukan : Kod Pusat IB0099)

Team ummi adalah terdiri dari 18 orang tenaga pengajar dalam bidang asuhan kanak-kanak khususnya untuk TASKA. Mereka adalah individu profesional yang sangat berpengalaman( ada yang melebihi 20 tahun) terlibat dalam asuhan kanak-kanak samada sebagai pengusaha TASKA, penceramah/jurulatih atau sebagai pengasuh di TASKA.

Setiap TASKA adalah tertakluk di bawah Akta TASKA tahun 1984 dan wajib mempunyai kelulusan lesen daripada JKMM. Untuk mendapatkan lesen, setiap TASKA hendaklah mempunyai pengasuh yang terlatih dalam bidang asas asuhan kanak-kanak. Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak ummi dihadiri oleh ramai pengusaha, pengurus dan kakitangan serta pengasuh TASKA yang sedang beroperasi dan yang baru hendak ditubuhkan. Kursus ummi ini juga ramai dihadiri oleh orang-orang yang masih bekerja dan berminat untuk memiliki/menguruskan taska.

Sehingga tahun 2011, Vonad sudah menganjur sebanyak 30 kali Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang melibatkan peserta melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh taska serta ibu-ibu yang berminat mempelajari ilmu dan konsep perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada asuhanwithummi@gmail.com. Ummi cukup gembira untuk menjawabnya :)

Selasa, Januari 20, 2015

Pembantu Tadika DIPERLUKAN


Assalammualaikum wbt. ,

Tadika Taska ummi memerlukan beberapa orang pembantu tadika yang boleh memasak untuk anak-anak Tadika Taska ummi dan membuat tugas pembersihan. Jika anda ada seseorang yang berminat dengan tugas ini, sila hubungi Ummi @ 012-2902658 atau anak ummi Roslinda @ 016-2201009.


emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.

Jumaat, Januari 16, 2015

Anda mampu Potty Train anak


Cucu lelaki ummi yang bongsu, Najmi telah mula tidak pakai pampers siang sejak umur 2 tahun 3 bulan. Malam mula-mula pakai pampers sebab kekadang terkencing juga. Bila menjangkau umur 2 tahun 5 bulan, dah sepenuhnya tidak pakai pampers malam.

Najmi seperti kanak-kanak lain, aktif, ceria, suka bermain dengan abangnya Imran bila sahaja abangnya mula bermain permainan. Cakapnya pelat lagi, ada yang masih tidak boleh difahami, ada yang jelas. Yang jelas, Najmi faham apa yang dicakapkan oleh orang-orang sekeliling walaupun dia belum mula bercakap walaupun orang-orang bercakap dibelakangnya. Najmi mula bercakap lambat sedikit pada umur 2 tahun, tapi bila dah mula bercakap pot pet nya kemain banyak.

Pada umur 2 tahun Najmi dah boleh menahan kencing pada masa yang agak lama, bila dia kencing pampers terus penuh atau semasa tidur siang pampers tak dapat tampung kencingnya yang banyak...overflow. Jadi, bila ibu bapa dapat identify anak-anak sudah boleh menahan kencing, pada masa ini lah biasakan anak anda pergi toilet kencing. Sebelum tidur siang atau malam masih boleh beri minum susu, tetapi jangan lupa kencingkan anak. Bilamasa hujung minggu bila anda ada di rumah, atau anda boleh suruh maid anda bawa anak anda secara rutin dalam 1 jam setengah untuk ke toilet...anda boleh tentukan masa.

Mula-mula ada lah sekali terkencing dalam seluar sebab Najmi taktau nak cakap apa nak kencing atau secara verbal tunjuk nak kencing :-) Kemudiannya,  Najmi dah memegang2 seluarnya tak selesa dan duduk tak diam, anak ummi terus bawa dia kencing. Kemudian, bilamasa Najmi tunjuk tanda nak kencing, anak ummi akan bertanyakan Najmi...dan Najmi meng ia kan. Sejak awal 2 tahun lagi, Najmi tidak dipakaikan pampers dan ibunya bawa secara rutin ke toilet. Dalam umur 2 tahun 3 bulan, Najmi dah pandai cakap nak kencing dengan cakapnya yang pelat dan separa perkataan sahaja :-). Dan juga, boleh beritahu buang air besar dan tanggal seluar nya sendiri. Anda sendiri tahu anda ada anak yang cerdik :-).

Apa-apa pun ibu bapa sebenarnya mampu latih anak untuk kencing di toilet. Tak perlu anak-anak pakai pampers sehingga umur 4 tahun sehingga size XXL. Tak perlu belanja beli pampers pakai buang setiap bulan, boleh simpan masuk tabung anak-anak duit beli pampers ini.  Cucu-cucu lelaki ummi tiga beradik ni semuanya mula tak kencing malam seawal 2 tahun lebih. Dan mereka sejak baby, tidak bangun malam menyusu. Mereka tidur nyenyak seperti orang dewasa :-). Al-Quran adalah teman terbaik sepanjang masa mengandung.  

Jadinya, anak sekecil Najmi boleh dibawa berjalan samada dalam kereta atau ke mana2 sahaja oleh ibu bapa nya tanpa merasa risau anak ini terkencing dalam seluar. Ia adalah realiti. Sebelum naik kereta untuk perjalanan yang jauh, Najmi faham dia kena pergi kencing dahulu :-). Semasa berjalan2 di mall atau mana2 jika keadaan agak lama, ibunya akan tanya samada Najmi nak kencing atau tidak. Jika Najmi rasa nak kencing, dia akan meng ia kan. :-) Semuanya di permudahkan...jika anak telah biasa dengan rutin potty train.

emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.