Mengenali Vonad Sdn Bhd Ummi :)

Matlamat utama ummi ialah untuk menyediakan latihan profesional dalam bidang asuhan awal kanak-kanak.

Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada 3 Jabatan Kerajaan :

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

2. Perbendaharaan Malaysia di bawah Tajuk Pembekal Tenaga Pengajar (Rujukan : 357-02133121)

3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (Rujukan : Kod Pusat IB0099)

Team ummi adalah terdiri dari 18 orang tenaga pengajar dalam bidang asuhan kanak-kanak khususnya untuk TASKA. Mereka adalah individu profesional yang sangat berpengalaman( ada yang melebihi 20 tahun) terlibat dalam asuhan kanak-kanak samada sebagai pengusaha TASKA, penceramah/jurulatih atau sebagai pengasuh di TASKA.

Setiap TASKA adalah tertakluk di bawah Akta TASKA tahun 1984 dan wajib mempunyai kelulusan lesen daripada JKMM. Untuk mendapatkan lesen, setiap TASKA hendaklah mempunyai pengasuh yang terlatih dalam bidang asas asuhan kanak-kanak. Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak ummi dihadiri oleh ramai pengusaha, pengurus dan kakitangan serta pengasuh TASKA yang sedang beroperasi dan yang baru hendak ditubuhkan. Kursus ummi ini juga ramai dihadiri oleh orang-orang yang masih bekerja dan berminat untuk memiliki/menguruskan taska.

Sehingga tahun 2011, Vonad sudah menganjur sebanyak 30 kali Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang melibatkan peserta melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh taska serta ibu-ibu yang berminat mempelajari ilmu dan konsep perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada asuhanwithummi@gmail.com. Ummi cukup gembira untuk menjawabnya :)

Khamis, Julai 28, 2011

TASKA VONAD di Kajang Impiana, Bandar Baru Bangi

Sudah setahun taska Ummi ini beroperasi, lokasinya kira-kira 400 meter dari jalan besar dan deretan kedai. Kesempatan ini, Ummi selitkan gambar lokasi dan Taska Vonad ummi yang letaknya di bawah apartment Kajang Impiana.


Dari tempat ummi ambil gambar ini, sudah nampak blok apartment Kajang Impiana...di tepi rumah teres 2 tingkat.






Taska Vonad Kajang Impiana Ummi ini letaknya agak terlindung dari pandangan di luar pagar masuk Apartment ini. Sampai di pondok guard Apartment Kajang Impiana ini, guard boleh tunjukkan lokasi Taska Vonad Ummi ini.


Taska Vonad Ummi ini luas dan amat selesa. Ummi selalu buat permantauan ke atas Taska-Taska Ummi supaya qualiti dan tahap penjagaan anak-anak di Taska Ummi ini sentiasa terjaga.











Masa untuk rehat dan tidur. Anak-anak di Taska Ummi ini semuanya akan tidur selepas makan, mandi dan berasa selesa.





Untuk masuk ke kawasan Taman Kajang Impiana, ada pondok security dilihat dari gambar ini diambil. Klinik Famili dan rumah-rumah kedai yang lain letaknya di luar kawasan Taman Kajang Impiana.





Keluar dari Taman Kajang Impiana ini, ada simpang empat. Ke kiri menghala ke Putrajaya dan ke kanan menghala ke Jalan Reko, Kajang.


emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.