Mengenali Vonad Sdn Bhd Ummi :)

Matlamat utama ummi ialah untuk menyediakan latihan profesional dalam bidang asuhan awal kanak-kanak.

Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada 3 Jabatan Kerajaan :

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

2. Perbendaharaan Malaysia di bawah Tajuk Pembekal Tenaga Pengajar (Rujukan : 357-02133121)

3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (Rujukan : Kod Pusat IB0099)

Team ummi adalah terdiri dari 18 orang tenaga pengajar dalam bidang asuhan kanak-kanak khususnya untuk TASKA. Mereka adalah individu profesional yang sangat berpengalaman( ada yang melebihi 20 tahun) terlibat dalam asuhan kanak-kanak samada sebagai pengusaha TASKA, penceramah/jurulatih atau sebagai pengasuh di TASKA.

Setiap TASKA adalah tertakluk di bawah Akta TASKA tahun 1984 dan wajib mempunyai kelulusan lesen daripada JKMM. Untuk mendapatkan lesen, setiap TASKA hendaklah mempunyai pengasuh yang terlatih dalam bidang asas asuhan kanak-kanak. Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak ummi dihadiri oleh ramai pengusaha, pengurus dan kakitangan serta pengasuh TASKA yang sedang beroperasi dan yang baru hendak ditubuhkan. Kursus ummi ini juga ramai dihadiri oleh orang-orang yang masih bekerja dan berminat untuk memiliki/menguruskan taska.

Sehingga tahun 2011, Vonad sudah menganjur sebanyak 30 kali Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang melibatkan peserta melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh taska serta ibu-ibu yang berminat mempelajari ilmu dan konsep perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada asuhanwithummi@gmail.com. Ummi cukup gembira untuk menjawabnya :)

Rabu, Julai 27, 2011

Siapa Ummi? :)

Ummi.....adalah Pengarah Urusan Vonad. Ummi ialah seorang pesara dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia(JKMM). Pengalaman ummi bekerja sebagai Pegawai selama 38 tahun membabitkan isu-isu berkaitan kanak-kanak. Ummi juga berpengalaman menyelia Rumah Kanak-Kanak JKMM dan juga berpengalaman menjalankan naziran ke rumah-rumah kanak-kanak JKMM di Malaysia. Ummi masih menjadi penasihat Mahkamah Majistret Kuala Lumpur dalam hal ehwal kanak-kanak.

Sebelum Ummi menubuhkan Pusat Latihan Vonad di Kajang dan juga Taska Vonad di Putrajaya, Ummi telah mendapat akreditasi dari JKM untuk membolehkan ummi mengajar Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK). Ummi juga mempunyai ilmu untuk mengajar bisnes tadika taska kerana Ummi adalah pemilik Babycare Center dan Tadika Vonad di Presint 15 dan Taska Kajang Impiana yang berjaya. Setakat ini, Ummi telah beberapa kali menganjurkan Kursus 2 Hari Bisnes Tadika Taska dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan bertambahnya peserta tiap kali Ummi anjurkan kursus tersebut.

Ummi sentiasa menambah ilmu asuhan kanak-kanak daripada badan-badan yang telah diiktiraf. Ummi bukannya orang yang mengajar dan mendidik orang lain tanpa mempunyai ilmu asuhan dan pendidikan yang kuat. Ummi sangat bersyukur bila orang lain dapat memanfaatkan ilmu yang Ummi telah turunkan kepada mereka.

Berkat doa, usaha dan galakan ummi, kesemua 7 orang anak ummi telah menempa pelbagai kecemerlangan akademik dan berjaya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat, United Kingdom,Indonesia dan Jerman dengan Tajaan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan juga MARA. 5 orang anak ummi menerima Ijazah Sarjana Muda di dalam bidang perubatan, kejuruteraan, undang undang dan kewangan. 3 daripada mereka ini memiliki ijazah Master perniagaan, undang-undang dan teknologi maklumat dari universiti tempatan. Seorang anak ummi menyambung pengajian di UNIMAP dan seorang lagi berada di sebuah Sekolah perempuan Berprestij Tinggi 2010 di Johor Bharu.

Pengalaman Ummi mendidik anak-anak sehingga menjadi anak-anak yang cemerlang dalam akademik dan kokurikulum adalah kerana ada kesedaran awal di dalam diri Ummi bahawa kemahiran keibubapaan di rumah dan guru-guru di sekolah amat penting dalam menentukan perkembangan menyeluruh sahsiah dan keterampilan seseorang anak.

Ummi @ 012-2902658
emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.