Mengenali Vonad Sdn Bhd Ummi :)

Matlamat utama ummi ialah untuk menyediakan latihan profesional dalam bidang asuhan awal kanak-kanak.

Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada 3 Jabatan Kerajaan :

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

2. Perbendaharaan Malaysia di bawah Tajuk Pembekal Tenaga Pengajar (Rujukan : 357-02133121)

3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (Rujukan : Kod Pusat IB0099)

Team ummi adalah terdiri dari 18 orang tenaga pengajar dalam bidang asuhan kanak-kanak khususnya untuk TASKA. Mereka adalah individu profesional yang sangat berpengalaman( ada yang melebihi 20 tahun) terlibat dalam asuhan kanak-kanak samada sebagai pengusaha TASKA, penceramah/jurulatih atau sebagai pengasuh di TASKA.

Setiap TASKA adalah tertakluk di bawah Akta TASKA tahun 1984 dan wajib mempunyai kelulusan lesen daripada JKMM. Untuk mendapatkan lesen, setiap TASKA hendaklah mempunyai pengasuh yang terlatih dalam bidang asas asuhan kanak-kanak. Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak ummi dihadiri oleh ramai pengusaha, pengurus dan kakitangan serta pengasuh TASKA yang sedang beroperasi dan yang baru hendak ditubuhkan. Kursus ummi ini juga ramai dihadiri oleh orang-orang yang masih bekerja dan berminat untuk memiliki/menguruskan taska.

Sehingga tahun 2011, Vonad sudah menganjur sebanyak 30 kali Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang melibatkan peserta melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh taska serta ibu-ibu yang berminat mempelajari ilmu dan konsep perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada asuhanwithummi@gmail.com. Ummi cukup gembira untuk menjawabnya :)

Ahad, Julai 10, 2011

Kursus 2 Hari Bisnes Tadika Taska 16 & 17 Julai oleh ummi












Ummi sudah mula menganjurkan Kursus 2 hari Bisnes Tadika Taska. Harga kursus 2 hari ini ialah RM320. Sila lawati http://www.kursustadikataska.com untuk mendaftar kursus yang akan dijalankan oleh ummi sendiri pada 16 & 17 Julai, 2011. Cuma seminggu lagi :).

Buat masa sekarang, ummi hanya jalankan kursus ini sebulan sekali. Ianya adalah masa untuk ummi kongsikan tips-tips penting dan panduan untuk menjalankan bisnes tadika dan tadika yang berlesen. Rumit juga jika tidak ada sesiapa yang menunjukkan dan memberi arah panduan. Nampaknya, ramai yang berminat membuka bisnes ini melihatkan jumlah peserta yang makin meningkat setiap kali ummi adakan kursus 2 hari ini. Testimonial dari para peserta pun amat memberangsangkan. Ummi gembira dapat berkongsi ilmu yang sepatutnya ummi turunkan pada orang-orang yang mempunyai minat yang sama....

emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.