Mengenali Vonad Sdn Bhd Ummi :)

Matlamat utama ummi ialah untuk menyediakan latihan profesional dalam bidang asuhan awal kanak-kanak.

Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada 3 Jabatan Kerajaan :

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

2. Perbendaharaan Malaysia di bawah Tajuk Pembekal Tenaga Pengajar (Rujukan : 357-02133121)

3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (Rujukan : Kod Pusat IB0099)

Team ummi adalah terdiri dari 18 orang tenaga pengajar dalam bidang asuhan kanak-kanak khususnya untuk TASKA. Mereka adalah individu profesional yang sangat berpengalaman( ada yang melebihi 20 tahun) terlibat dalam asuhan kanak-kanak samada sebagai pengusaha TASKA, penceramah/jurulatih atau sebagai pengasuh di TASKA.

Setiap TASKA adalah tertakluk di bawah Akta TASKA tahun 1984 dan wajib mempunyai kelulusan lesen daripada JKMM. Untuk mendapatkan lesen, setiap TASKA hendaklah mempunyai pengasuh yang terlatih dalam bidang asas asuhan kanak-kanak. Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak ummi dihadiri oleh ramai pengusaha, pengurus dan kakitangan serta pengasuh TASKA yang sedang beroperasi dan yang baru hendak ditubuhkan. Kursus ummi ini juga ramai dihadiri oleh orang-orang yang masih bekerja dan berminat untuk memiliki/menguruskan taska.

Sehingga tahun 2011, Vonad sudah menganjur sebanyak 30 kali Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang melibatkan peserta melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh taska serta ibu-ibu yang berminat mempelajari ilmu dan konsep perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada asuhanwithummi@gmail.com. Ummi cukup gembira untuk menjawabnya :)

Jumaat, April 16, 2010

Kebaikan Kursus Asuhan Kanak-Kanak (KAAK)

Ummi sangat tekankan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak.
Hmm....agak-agaknya kenapa ya? Jom teliti info dibawah
dan anda akan tahu kenapa...

Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK)adalah berdasarkan Modul
-modul Komprehensif yang mengambil masa dan penelitian yang
terperinci untuk dikeluarkan oleh JKMM. Yuran yang ditetapkan
oleh JKMM untuk peserta2 KAAK adalah sebanyak RM480. KAAK bukan
hanya berdasarkan kokurikulum sahaja. Kursus sebegini tidak
harus dipandang ringan terutamanya oleh para Pengusaha Taska
penyelia dan juga pengasuh. Pengajaran KAAK adalah berpandukan
modul-modul yang menyeluruh bagi kepentingan perkembangan kanak-kanak.

Peranan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK)
===============================================
1. Kursus ini memberikan ilmu pengetahuan kepada pengasuh dan
bakal pengasuh serta penyelia TASKA dan ibu bapa mengenai
perkara-perkara utama dalam pengasuhan kanak-kanak supaya
kanak-kanak mengalami perkembangan menyeluruh.

2. Kursus ini memberikan bimbingan dan panduan lengkap kepada
setiap pengusaha untuk menguruskan TASKA pada tahap paling
optimum.

3. Kursus ini membantu setiap pengusaha, pengurus, penyelia dan
pengasuh di TASKA mematuhi kehendak Akta Taman Asuhan
Kanak-Kanak 1984.

4. Setiap TASKA diwajibkan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan
Masyarakat Malaysia (JKMM). Kegagalan sesebuah TASKA untuk
berdaftar boleh menyebabkan pengusahanya disabitkan dengan
satu kesalahan di bawah Akta tersebut.


Kandungan Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK)
================================================

1. Pengenalan kepada pengasuhan kanak-kanak di TASKA

2. Perkembangan yg menyeluruh kanak-kanak 4 tahun dan ke bawah

3. Perkembangan fizikal

4. Jenis-jenis aktiviti yg menyumbang kpd perkembangan fizikal

5. Perkembangan sosio-emosi

6. Jenis-jenis aktiviti yg menyumbang kepada perkembangan sosio-emosi

7. Perkembangan bahasa

8. Jenis-jenis aktiviti yg menyumbang kpd perkembangan bahasa

9. Perkembangan kognitif

10. Jenis-jenis aktiviti yg menyumbang kepada perkembangan
kognitif

11. Kesihatan, memahami keperluan makanan yang selamat, seimbang
& berkhasiat

12. Jenis-jenis aktiviti yg berkait dgn pemakanan kanak-kanak

13. Persekitaran untuk kegiatan dalam dan luar TASKA

14. Menyediakan peralatan luar dan dalam TASKA

15. Pergerakan kreatif

16. Menjaga kebersihan bayi & kanak-kanak dan kebersihan TASKA

17. Kegiatan kreatif kanak-kanak

18. Merancang dan menyediakan jadual akitiviti harian TASKA

19. Amalan asuhan yang menggalakkan perkembangan kanak-kanak

20. Pentingnya peranan ibu bapa di TASKA

21. Cerita dan nyanyian bagi kanak-kanak

22. Perhubungan dan interaksi

23. Menyediakan barang permainan kanak-kanak dari bahan kos
rendah

24. Tugas-tugas pengasuh dan kakitangan lain di TASKA

25. Akta TASKA 1984 (seperti dipinda)

26. Proses Pendaftaran TASKA dan penalti kalau tidak berdaftar

27. Perlindungan kanak-kanak

28. Mengetahui jenis-jenis rekod di TASKA, cara menyelenggara
dan meyimpannya

29. Ceramah drp wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan
Kesihatan, Jabatan Pergigian, Jabatan Bomba & Keselamatan
serta Pihak Berkuasa Tempatan yang berkenaan.


Ummi pasti, sesiapa yang pernah mengambil kursus KAAK akan berasa
manafaat yang tidak terhingga daripada kursus yang dianjurkan.

emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.