Pada hari ini semua akhbar memaparkan berita bayi yang tercekik
kerana pengasuh menyuapkan fish ball yang telah dibelah dua.
Seingat ummi, ummi sentiasa memastikan makanan yang dimakan
anak-anak ummi adalah selamat setiap masa terutama sebelum
mencecah usia 4 tahun. Makanan mesti digunting/dipotong kepada
saiz yang kecil-kecil supaya senang anak-anak kecil menelannya.
Sebab anak kecil ada yang mengunyah makanan yang disuap dan
ada yang terus menelan makanan tanpa mengunyah. Apatah lagi
bila menyuap makanan kepada bayi sembilan bulan yang belum
keluar gigi sepenuhnya. Mungkin makanan itu terus ditelan!
Pengalaman ummi melihat cucu ummi tercekik dengan ketulan
kecil ayam memang mencemaskan. Kebetulan waktu itu, saudara
ummi sedang menyuapkan anaknya yang setahun lebih tua dari
cucu ummi ini bubur nasi bercampur dengan ketulan kecil ayam
sup yg dipotong2. Ya, dipotong2 kecil tetapi bukan untuk
cucu ummi yang baru tumbuh beberapa batang gigi. Dia masih
makan ayam yang dipotong halus. Sebaik saja cucu ummi menelan
suapan itu, dia sudah nampak tercekik, mata berair seakan
hendak menangis dan mula tergapai2. Cepat-cepat ummi berikan
bantuan kecemasan. Ternyata, ia menyelamatkan cucu ummi.
Alhamdullillah, pengetahuan ummi menyelamatkan keadaan.
Kecuaian atau pengetahuan cetek pengasuh boleh menyebabkan tragedi
berulang kembali. Ia teramat perit untuk diterima oleh ibubapa.
Taska yang berdaftar dengan JKMM mempunyai pengasuh-pengasuh
yang sudah mendapatkan sijil Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak
yang diiktiraf oleh JKMM. Sehingga kini, banyak taska yang
beroperasi tanpa berdaftar dengan JKMM.
emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.