Mengenali Vonad Sdn Bhd Ummi :)

Matlamat utama ummi ialah untuk menyediakan latihan profesional dalam bidang asuhan awal kanak-kanak.

Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada 3 Jabatan Kerajaan :

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

2. Perbendaharaan Malaysia di bawah Tajuk Pembekal Tenaga Pengajar (Rujukan : 357-02133121)

3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (Rujukan : Kod Pusat IB0099)

Team ummi adalah terdiri dari 18 orang tenaga pengajar dalam bidang asuhan kanak-kanak khususnya untuk TASKA. Mereka adalah individu profesional yang sangat berpengalaman( ada yang melebihi 20 tahun) terlibat dalam asuhan kanak-kanak samada sebagai pengusaha TASKA, penceramah/jurulatih atau sebagai pengasuh di TASKA.

Setiap TASKA adalah tertakluk di bawah Akta TASKA tahun 1984 dan wajib mempunyai kelulusan lesen daripada JKMM. Untuk mendapatkan lesen, setiap TASKA hendaklah mempunyai pengasuh yang terlatih dalam bidang asas asuhan kanak-kanak. Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak ummi dihadiri oleh ramai pengusaha, pengurus dan kakitangan serta pengasuh TASKA yang sedang beroperasi dan yang baru hendak ditubuhkan. Kursus ummi ini juga ramai dihadiri oleh orang-orang yang masih bekerja dan berminat untuk memiliki/menguruskan taska.

Sehingga tahun 2011, Vonad sudah menganjur sebanyak 30 kali Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang melibatkan peserta melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh taska serta ibu-ibu yang berminat mempelajari ilmu dan konsep perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada asuhanwithummi@gmail.com. Ummi cukup gembira untuk menjawabnya :)

Isnin, Oktober 14, 2013

Pampers & Susu di Tadika Vonad sesi 2014






Assalammualaikum w.b.t.

Ibu Bapa yang dihormati,

NEW UPDATE Tentang Pemakaian Pampers & Susu di Tadika sesi 2014.
=====================================================

* Pampers- Pampers hanya dibenarkan pakai kepada murid Tadika kelas 4 tahun sahaja yang masih memakai pampers. Teachers akan train anak-anak ini untuk ke tandas dalam satu tempoh masa. Ibu Bapa juga diminta memberi kerjasama, sama-sama train anak-anak potty train di rumah untuk menjayakan usaha ini. Dengan semua anak-anak cerdik potty train, pembelajaran di dalam kelas akan lebih lancar.
 


**** Segala berita tentang, Tadika tidak terima langsung anak-anak pakai pampers adalah TIDAK BENAR.

* Susu- Tadika Vonad sentiasa menyokong usaha ibu bapa untuk meneruskan pemberian susu kepada anak-anak. Pada 2014, pemberian susu dengan cawan dimulakan kepada semua anak-anak yang masih menyusu. 


***** Segala berita tentang, Tadika tidak benarkan anak menyusu adalah TIDAK BENAR.

regards,
Roslinda Haji Omar



Emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.