Mengenali Vonad Sdn Bhd Ummi :)

Matlamat utama ummi ialah untuk menyediakan latihan profesional dalam bidang asuhan awal kanak-kanak.

Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada 3 Jabatan Kerajaan :

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

2. Perbendaharaan Malaysia di bawah Tajuk Pembekal Tenaga Pengajar (Rujukan : 357-02133121)

3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (Rujukan : Kod Pusat IB0099)

Team ummi adalah terdiri dari 18 orang tenaga pengajar dalam bidang asuhan kanak-kanak khususnya untuk TASKA. Mereka adalah individu profesional yang sangat berpengalaman( ada yang melebihi 20 tahun) terlibat dalam asuhan kanak-kanak samada sebagai pengusaha TASKA, penceramah/jurulatih atau sebagai pengasuh di TASKA.

Setiap TASKA adalah tertakluk di bawah Akta TASKA tahun 1984 dan wajib mempunyai kelulusan lesen daripada JKMM. Untuk mendapatkan lesen, setiap TASKA hendaklah mempunyai pengasuh yang terlatih dalam bidang asas asuhan kanak-kanak. Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak ummi dihadiri oleh ramai pengusaha, pengurus dan kakitangan serta pengasuh TASKA yang sedang beroperasi dan yang baru hendak ditubuhkan. Kursus ummi ini juga ramai dihadiri oleh orang-orang yang masih bekerja dan berminat untuk memiliki/menguruskan taska.

Sehingga tahun 2011, Vonad sudah menganjur sebanyak 30 kali Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang melibatkan peserta melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh taska serta ibu-ibu yang berminat mempelajari ilmu dan konsep perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada asuhanwithummi@gmail.com. Ummi cukup gembira untuk menjawabnya :)

Jumaat, Mac 22, 2013

Anak-anak Ummi...Syukur Alhamdulillah Kecemerlangan Anak-anakku kurniaan mu Ya Allah.

Keputusan SPM 2012 keluar hari ini...21 Mac 2013
 

Hari ini, Ummi dan suami dan seluruh keluarga amat gembira setelah mendapat tahu keputusan SPM anak bongsu Ummi, Aishah yang bersekolah di Sekolah Tun Fatimah Johor Bahru selama 5 tahun lamanya. Aishah mendapat 7A dan 2 B ...A+ di dalam Add Maths, Modern Maths & History.
Aishah memang sangat aktif dengan aktiviti kokurikulum di sekolah nya. Hingga hampir bulan peperiksaan SPM..Aishah masih lagi aktif menyertai aktiviti pancaragam sekolah nya membuat persembahan di dalam dan luar Malaysia. Pengetua Sekolah Tun Fatimah seorang pegawai kerajaan bertaraf JUSA. Jika tidak ada halangan, Aishah InsyaAllah akan melanjutkan pelajaran di dalam bidang perubatan di Mesir. Mengikut jejak kakaknya, Dr Halimah Haji Omar. 

Berbeza dengan sekolah kakaknya, Norhayati yang bersekolah di Kolej Tunku Kurshiah...tahun akhir SPM dia direhatkan dari segala aktiviti kokurikulum termasuk pancaragam. SPM tahun itu, Norhayati menjadi salah seorang pelajar cemerlang SPM dengan straight As. Norhayati sentiasa menjadi pelajar cemerlang sejak dari sekolah rendah lagi. Norhayati cemerlang di dalam olahraga, kokurikulum aktiviti dan pelajaran.  Norhayati ke Illinois-Urbana Campaign University melanjutkan pelajaran dalam bidang Engineering dengan tajaan TNB.

Anak Ummi, Halimah....Dr Halimah bersekolah di Sekolah Aminuddin Baki Kuala Lumpur. Tak silap Ummi.....keputusan SPM Halimah pun seperti Aishah. Minat Halimah di dalam perubatan sudah terserlah sejak dari sekolah menengah. Halimah pernah masuk Matriks di Negeri Sembilan dan sesudah itu mendapat offer melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya di dalam bidang Sains Komputer. Ummi sedar Halimah lebih meminati bidang perubatan dan Ummi yakin anak Ummi ini akan lebih cemerlang di dalam bidang yang diminatinya. Jadi, Ummi telah cari jalan supaya Halimah dapat pursue her passion in medicine. Halimah mendapat Ijazah kedoktoran dari Universiti Pandjajaran.  

Anak Ummi Firdaus, mendapt 9A 1 B di dalam SPM tahun nya di Sekolah Teknik Cheras. Firdaus mendapat penajaan JPA ke Trier University German dalam bidang Engineering. Firdaus sangat smart orangnya. Walaupun dia banyak bermain, pelajaran tidak pernah diabaikan. Keputusannya memang sentiasa tinggi semasa di sekolah menengah. Hobi anak Ummi yang seorang ni pada umurnya 3 tahun ialah bermain LEGO. Abahnya rajin membelikan LEGO untuk anak lelaki yang bongsu ini kerana Firdaus minat elektronik sejak dari usia awal lagi. Hobinya di usia remaja ialah memancing!
Keputusan UPSR anak lelaki Ummi ini cuma 3A2B. Dengan galakan dan doa yang berterusan dari Ummi, Firdaus menjadi lebih cemerlang bila melangkah ke sekolah menengah. Yang penting, jangan sesekali putus harapan dengan perangai dan pencapaian awal anak-anak. Membesarkan anak-anak memang besar cabarannya...

Anak Ummi...Norhaizan...average sahaja keputusan SPM nya. Bersekolah di Sekolah St.Mary Kuala Lumpur. Seorang yang petah bercakap dan menguasai bahasa Inggeris dengan amat baik. Ummi memang dari awal sedar potensi anak Ummi yang seorang ni. Jika Ummi biarkan keadaan menentukan nasib anak Ummi ni, mungkin Norhaizan bekerja sebagai jururawat. Tetapi, Ummi telah usahakan untuk masukkan Norhaizan di bawah program A-level Yayasan Pelajaran Mara. Alhamdulillah, anak Ummi ni menerima dan minat untuk mengikuti kursus A-Level dan seterusnya ke University Northrumbia Upon Tyne, United Kingdom dalam bidang Perundangan. Sekarang, dia bergelar Peguam yang pakar dalam bidangnya. Norhaizan mempunyai Master bidang Perundangan dari Universiti Malaya.

Anak Ummi...Roslinda..sangat bertuah. Berjaya terpilih untuk masuk Rancangan Bersama PPP/ITM dengan USA universiti setelah keputusan SPM diumumkan. Dia bersekolah di Sekolah Perempuan St.Georges Pulau Pinang & MRSM Kuala Terengganu. Setelah 2 tahun di PPP/ITM, Roslinda telah menerima tawaran ke Syracuse University dalam bidang kewangan. Roslinda juga mempunyai M.Sc di dalam bidang Teknologi Maklumat.

Anak Sulong Ummi...Rosman bersekolah di sekolah berasrama penuh Sekolah Sultan Abdul Halim, Jitra Kedah. Setelah itu, Rosman juga bertuah terpilih untuk masuk Rancangan Bersama PPP/ITM dan berjaya melanjutkan pelajaran dalam bidang Engineering di Arizona University. Rosman mempunyai MBA dari Universiti Islam Antarabangsa.

Kesemua anak-anak Ummi mengikut jejak langkah anak Ummi yang sulong. Ummi sangat bersyukur dengan kelebihan yang Allah berikan kepada anak-anak Ummi yang berpeluang belajar ke luar negara, melihat dunia luar dan memanfaatkan peluang yang diberikan sebaik-baiknya. Jadi, cerita tentang anak-anak Ummi yang melanjutkan pelajaran di United Kingdom, USA, German, Indonesia dan Mesir....bukanlah mimpi atau cerita rekaan. Ia adalah cerita anak-anak Ummi.... 

Begitulah anak-anak Ummi seramai 7 orang. Bukannya senang membesarkan anak-anak seramai 7 orang ini dari kecil hingga dewasa. Ummi dan suami kedua-duanya bekerja sepenuh masa. Keluar rumah selepas subuh, dan balik hari sudah petang. Ummi dan suami bekerja keras untuk  menyara anak-anak yang masih belajar di peringkat universiti berturut-turut. Ummi amat bernasib baik kerana ibu Ummi, Hajjah Rahimah turut membantu membesarkan anak-anak Ummi semasa Ummi bekerja dari anak-anak Ummi bayi hinggalah pandai berdikari. Ibu Ummi ni walaupun tidak bersekolah tinggi, dia tidak mahu anak-anak cucu cicitnya ketinggalan di dalam pelajaran.  

Emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.