Mengenali Vonad Sdn Bhd Ummi :)

Matlamat utama ummi ialah untuk menyediakan latihan profesional dalam bidang asuhan awal kanak-kanak.

Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada 3 Jabatan Kerajaan :

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

2. Perbendaharaan Malaysia di bawah Tajuk Pembekal Tenaga Pengajar (Rujukan : 357-02133121)

3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (Rujukan : Kod Pusat IB0099)

Team ummi adalah terdiri dari 18 orang tenaga pengajar dalam bidang asuhan kanak-kanak khususnya untuk TASKA. Mereka adalah individu profesional yang sangat berpengalaman( ada yang melebihi 20 tahun) terlibat dalam asuhan kanak-kanak samada sebagai pengusaha TASKA, penceramah/jurulatih atau sebagai pengasuh di TASKA.

Setiap TASKA adalah tertakluk di bawah Akta TASKA tahun 1984 dan wajib mempunyai kelulusan lesen daripada JKMM. Untuk mendapatkan lesen, setiap TASKA hendaklah mempunyai pengasuh yang terlatih dalam bidang asas asuhan kanak-kanak. Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak ummi dihadiri oleh ramai pengusaha, pengurus dan kakitangan serta pengasuh TASKA yang sedang beroperasi dan yang baru hendak ditubuhkan. Kursus ummi ini juga ramai dihadiri oleh orang-orang yang masih bekerja dan berminat untuk memiliki/menguruskan taska.

Sehingga tahun 2011, Vonad sudah menganjur sebanyak 30 kali Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang melibatkan peserta melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh taska serta ibu-ibu yang berminat mempelajari ilmu dan konsep perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada asuhanwithummi@gmail.com. Ummi cukup gembira untuk menjawabnya :)

Isnin, Oktober 14, 2013

Anak Bongsu Hajjah Salimah & Haji Omar, Aishah ke Al-Azhar University


Assalammualaikum w.b.t.

Lama sudah rasanya Ummi tak update blog ni....

Berita yang Ummi nak sampaikan kali ini, ialah tentang anak Ummi, Aishah yang akan fly ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran di dalam bidang perubatan di Universiti Al-Azhar, Mesir.

Hati Ummi dan suami bersama-sama seluruh keluarga kali ini agak berlainan dari keadaan yang sebelum ini...
Kali ini anak bongsu Ummi akan terbang ke negara yang mana Kedutaan Malaysia di sana telah keluarkan Etika Kod Keselamatan kepada semua pelajar Malaysia di sana.

Kali ini Ummi dan keluarga tawakkal kepada Allah. Jika tidak benarkan Aishah ke sana, anak Ummi ini sudah excited untuk sambung pengajiannya di dalam bidang perubatan di Mesir dan telah pergi berkursus untuk satu tempoh jangka pendek di UPM pada tahun ini.

Anak bongsu Ummi, Aishah bertukar dari seorang budak yang hampir di hujung ranking di kelas yang akhir rankingnya di Sekolah Tun Fatimah kepada pelajar cemerlang pada tahun yang sama! Dari mula Aishah  masuk ke Sekolah Tun Fatimah, keputusannya tidak cantik seperti kakak-kakaknya yang lain. Kakak-kakak nya selalu menasihati Aishah, tapi masa dan kesedaran belum sampai lagi agaknya.

Ummi sangat berterima kasih kepada Cikgu-cikgu & Pengetua Sekolah Tun Fatimah yang sangat komited -sebuah sekolah perempuan terbaik di Malaysia dan Alhamdulillah boleh make something impossible to be a reality. Nothing is Impossible.... :-)

Itulah laluan hidup anak-anak Ummi....ada yang terus, dan ada juga yang banyak cabarannya dan rintangan yang perlu dihadapi. Semuanya berjaya diharungi, Alhamdulillah.

Ummi sentiasa bersikap optimistik dan bertawakkal kepada Allah yang Maha Esa. Segala-galanya berlaku
dengan usaha yang diredhai dan mendapat keberkatan dari Allah.

Sama-samalah kita, kepada semua pembaca blog AsuhanwithUmmi mendoakan keselamatan dan kejayaan anak Ummi, Aishah sepanjang pengajian Perubatannya di sana. Amin.

Terima Kasih ya :-)

emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.