Mengenali Vonad Sdn Bhd Ummi :)

Matlamat utama ummi ialah untuk menyediakan latihan profesional dalam bidang asuhan awal kanak-kanak.

Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada 3 Jabatan Kerajaan :

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

2. Perbendaharaan Malaysia di bawah Tajuk Pembekal Tenaga Pengajar (Rujukan : 357-02133121)

3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (Rujukan : Kod Pusat IB0099)

Team ummi adalah terdiri dari 18 orang tenaga pengajar dalam bidang asuhan kanak-kanak khususnya untuk TASKA. Mereka adalah individu profesional yang sangat berpengalaman( ada yang melebihi 20 tahun) terlibat dalam asuhan kanak-kanak samada sebagai pengusaha TASKA, penceramah/jurulatih atau sebagai pengasuh di TASKA.

Setiap TASKA adalah tertakluk di bawah Akta TASKA tahun 1984 dan wajib mempunyai kelulusan lesen daripada JKMM. Untuk mendapatkan lesen, setiap TASKA hendaklah mempunyai pengasuh yang terlatih dalam bidang asas asuhan kanak-kanak. Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak ummi dihadiri oleh ramai pengusaha, pengurus dan kakitangan serta pengasuh TASKA yang sedang beroperasi dan yang baru hendak ditubuhkan. Kursus ummi ini juga ramai dihadiri oleh orang-orang yang masih bekerja dan berminat untuk memiliki/menguruskan taska.

Sehingga tahun 2011, Vonad sudah menganjur sebanyak 30 kali Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang melibatkan peserta melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh taska serta ibu-ibu yang berminat mempelajari ilmu dan konsep perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada asuhanwithummi@gmail.com. Ummi cukup gembira untuk menjawabnya :)

Selasa, Jun 15, 2010

Kursus Asuhan Awal Kanak-Kanak Vonad Datang Lagi!!!

Kursus Asuhan Awal Kanak-Kanak bagi sessi June, Julai dan Ogos, 2010
Masa Berkhusus: 15 Hari
Pukul: 8 pagi hingga 5 petang.
Yuran: RM480 sahaja.

Ummi dan team ummi pakar melatih dan menerapkan konsep perkembangan menyeluruh dan perkara-perkara yang menjadi asas asuhan dan pendidikan anak-anak. Peserta juga diminta menjalani ujian amali di beberapa buah taska berdekatan. Mereka juga berpeluang berinteraksi dengan pegawai-pegawai PBT, Kesihatan, Bomba dan JKM untuk bertanyakan soalan-soalan yg tidak mungkin dapat dilakukan sekiranya tidak menyertai kursus. Ummi menyarankan sesiapa yang ingin memulakan bisnes taska atau pusat jagaan, Vonad mempunyai kepakaran memberikan tips dan cara kaedah yang betul dan berkesan sepanjang tempuh 15 hari berkursus.

Tempat:
======

Johor Baharu
============
Tarikh kursus bermula: 28 Jun 2010 higga 16 Julai 2010
Tarikh akhir mendaftar kursus: 21 Jun 2010


Vonad Center, Kajang
====================
Tarikh kursus bermula 3 Julai hingga 8 Ogos 2010
Tarikh Akhir mendaftar kursus: 2 Julai 2010


Butterworth
===========
Tarikh Kursus bermuala: 19 Julai 2010 hingga 6 Ogos 2010
Tarikh Akhir mendaftar kursus: 12 Julai 2010


Hubungi: Hajjah Salimah (012)290-2658 dan Pejabat(03)8737-4275
Tempat sangat terhad! Cepat mendaftar...

emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.