Mengenali Vonad Sdn Bhd Ummi :)

Matlamat utama ummi ialah untuk menyediakan latihan profesional dalam bidang asuhan awal kanak-kanak.

Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada 3 Jabatan Kerajaan :

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

2. Perbendaharaan Malaysia di bawah Tajuk Pembekal Tenaga Pengajar (Rujukan : 357-02133121)

3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (Rujukan : Kod Pusat IB0099)

Team ummi adalah terdiri dari 18 orang tenaga pengajar dalam bidang asuhan kanak-kanak khususnya untuk TASKA. Mereka adalah individu profesional yang sangat berpengalaman( ada yang melebihi 20 tahun) terlibat dalam asuhan kanak-kanak samada sebagai pengusaha TASKA, penceramah/jurulatih atau sebagai pengasuh di TASKA.

Setiap TASKA adalah tertakluk di bawah Akta TASKA tahun 1984 dan wajib mempunyai kelulusan lesen daripada JKMM. Untuk mendapatkan lesen, setiap TASKA hendaklah mempunyai pengasuh yang terlatih dalam bidang asas asuhan kanak-kanak. Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak ummi dihadiri oleh ramai pengusaha, pengurus dan kakitangan serta pengasuh TASKA yang sedang beroperasi dan yang baru hendak ditubuhkan. Kursus ummi ini juga ramai dihadiri oleh orang-orang yang masih bekerja dan berminat untuk memiliki/menguruskan taska.

Sehingga tahun 2011, Vonad sudah menganjur sebanyak 30 kali Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang melibatkan peserta melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh taska serta ibu-ibu yang berminat mempelajari ilmu dan konsep perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada asuhanwithummi@gmail.com. Ummi cukup gembira untuk menjawabnya :)

Selasa, November 09, 2010

Tadika Vonad Putrajaya Pendaftaran dibuka untuk Kemasukan Januari 2011

Taska Vonad Putrajaya Presinct 15 bersebelahan Tadika Vonad Putrajaya


Pemandangan dari atas bukit di Lokasi Taska dan Tadika Vonad Putrajaya



Tadika Vonad Putrajaya dibuka untuk Pendaftaran untuk sessi Januari 2011.


Salam hormat semua,

Pada kali ini, Ummi memaparkan beberapa keping gambar Tadika Vonad
ummi di Presict 15 Putrajaya (bersebelahan dengan Taska Vonad Putrajaya)
yang akan dirasmikan pembukaannya pada awal bulan Januari 2011.
Lihatlah lokasi Tadika dan Taska Vonad Putrajaya yang sungguh nyaman
dengan pemandangan dari atas bukit.

Pendaftaran untuk "Batch Pertama" sessi Januari 2011 sudah dibuka untuk anak-anak berusia 4 tahun hingga 6 tahun.

Tadika Vonad Putrajaya ummi mengadaptasikan sistem pengajaran dan pembelajaran Tadika Koperasi Minden USM (Universiti Sains Malaysia). Dua orang cucu ummi telah belajar di sana selama 3 tahun. Ternyata, pengajaran dan pembelajaran pra-sekolah di Tadika Koperasi USM yang sangat berpengalaman ini mampu menjadi asas kukuh cucu-cucu ummi untuk cemerlang didalam pelajaran mereka semasa di sekolah rendah. Tahun 2011, sorang lagi cucu ummi akan mula bersekolah di sana.

Ummi @ 012-2902658
emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.