Mengenali Vonad Sdn Bhd Ummi :)

Matlamat utama ummi ialah untuk menyediakan latihan profesional dalam bidang asuhan awal kanak-kanak.

Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada 3 Jabatan Kerajaan :

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

2. Perbendaharaan Malaysia di bawah Tajuk Pembekal Tenaga Pengajar (Rujukan : 357-02133121)

3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (Rujukan : Kod Pusat IB0099)

Team ummi adalah terdiri dari 18 orang tenaga pengajar dalam bidang asuhan kanak-kanak khususnya untuk TASKA. Mereka adalah individu profesional yang sangat berpengalaman( ada yang melebihi 20 tahun) terlibat dalam asuhan kanak-kanak samada sebagai pengusaha TASKA, penceramah/jurulatih atau sebagai pengasuh di TASKA.

Setiap TASKA adalah tertakluk di bawah Akta TASKA tahun 1984 dan wajib mempunyai kelulusan lesen daripada JKMM. Untuk mendapatkan lesen, setiap TASKA hendaklah mempunyai pengasuh yang terlatih dalam bidang asas asuhan kanak-kanak. Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak ummi dihadiri oleh ramai pengusaha, pengurus dan kakitangan serta pengasuh TASKA yang sedang beroperasi dan yang baru hendak ditubuhkan. Kursus ummi ini juga ramai dihadiri oleh orang-orang yang masih bekerja dan berminat untuk memiliki/menguruskan taska.

Sehingga tahun 2011, Vonad sudah menganjur sebanyak 30 kali Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang melibatkan peserta melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh taska serta ibu-ibu yang berminat mempelajari ilmu dan konsep perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada asuhanwithummi@gmail.com. Ummi cukup gembira untuk menjawabnya :)

Isnin, Mac 20, 2017

Cucu Sulong Ummi cemerlang SPM 2016....Syukur Alhamdulillah atas Kurniaan Mu Ya Rabb...


Assalammualaikum wbt...

1st tulisan Ummi untuk tahun 2017. Lama bebenar tak menulis di blog AsuhanwithUmmi ni, Hati Ummi tergerak untuk update blog ini..Apa yang menggerakkannya ya :-)

Syukur Alhamdulillah...cucu sulong Ummi.. Nurul Syafiqah.. Sekolah Sri Ayesha Bangi dapat 7A 1 B+ pada keputusan SPM 2016 yang baru diumumkan baru-baru ini...16 MAC 2017 Hari Khamis. A+ dalam subjek English & Science.

Keputusan yang tak disangka2 oleh cikgu kelas nya. Tapi, bagi ibunya memang dah tau pe'el anak sulong perempuan nya ni...start engin lambat..he he..Subjek English memang favorite..Sains tak banyak masa ulangkaji...cuma fokus semasa Cikgu mengajar (Cikgu sains best!) dan tuition di Math clinic Bangi. Alhamdulillah...tahun lepas dapat teachers yang sangat committed dan bagus....Syafiqah pun dapat aura dan semangatnya. Itu penting. 

Syafiqah sekarang sedang berkira-kira untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Sains Komputer. Tarikh tutup permohonan untuk masuk IPTA/IPTS dan biasiswa pun akan tutup dalam 2 minggu selepas keputusan diumumkan.  

Ya Rabb...Sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia...

Nota: Tolong doakan yang terbaik buat Cucu Sulong Ummi ni ya....terima kasih. :-)

Emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.