Mengenali Vonad Sdn Bhd Ummi :)

Matlamat utama ummi ialah untuk menyediakan latihan profesional dalam bidang asuhan awal kanak-kanak.

Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada 3 Jabatan Kerajaan :

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

2. Perbendaharaan Malaysia di bawah Tajuk Pembekal Tenaga Pengajar (Rujukan : 357-02133121)

3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (Rujukan : Kod Pusat IB0099)

Team ummi adalah terdiri dari 18 orang tenaga pengajar dalam bidang asuhan kanak-kanak khususnya untuk TASKA. Mereka adalah individu profesional yang sangat berpengalaman( ada yang melebihi 20 tahun) terlibat dalam asuhan kanak-kanak samada sebagai pengusaha TASKA, penceramah/jurulatih atau sebagai pengasuh di TASKA.

Setiap TASKA adalah tertakluk di bawah Akta TASKA tahun 1984 dan wajib mempunyai kelulusan lesen daripada JKMM. Untuk mendapatkan lesen, setiap TASKA hendaklah mempunyai pengasuh yang terlatih dalam bidang asas asuhan kanak-kanak. Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak ummi dihadiri oleh ramai pengusaha, pengurus dan kakitangan serta pengasuh TASKA yang sedang beroperasi dan yang baru hendak ditubuhkan. Kursus ummi ini juga ramai dihadiri oleh orang-orang yang masih bekerja dan berminat untuk memiliki/menguruskan taska.

Sehingga tahun 2011, Vonad sudah menganjur sebanyak 30 kali Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang melibatkan peserta melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh taska serta ibu-ibu yang berminat mempelajari ilmu dan konsep perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada asuhanwithummi@gmail.com. Ummi cukup gembira untuk menjawabnya :)

Khamis, Ogos 04, 2011

KURSUS 2 HARI TADIKA dan TASKA di Pusat Latihan Vonad Kajang

Pada bulan September dan Oktober 2011, Ummi akan adakan Kursus 2 Hari Tadika dan Taska di Pusat Latihan Vonad Ummi di Kajang. Untuk sesiapa yang berminat mengetahui selok belok Bisnes Tadika dan Taska atau mempunyai idea dan impian membuka Tadika dan Taska, sila lawati laman web Kursus 2 Hari Tadika dan Taska Ummi:


Tarikh Penting Kursus 2 Hari Tadika dan Taska di Pusat Latihan Vonad Ummi adalah seperti berikut:
SEPTEMBER                                                               OKTOBER
Tarikh: 24 & 25 September                                           Tarikh: 29 & 30 Oktober
Masa:  9-5 Petang (Makanan disediakan)                 Masa:  9-5 Petang (Makanan disediakan)
Yuran Kursus: RM320                                                    Yuran Kursus: RM320

Ummi sarankan, pilihlah tarikh yang bersesuaian dengan anda. Peserta yang Ummi terima untuk kursus ini terhad kepada 40 orang sahaja dalam satu-satu masa. Diharap, jika ada yang impikan sebuah bisnes Tadika dan Taska silalah datang ke Kursus 2 Hari yang Ummi anjurkan ini. Ummi dan suami Ummi sangat berbesar hati untuk berkongsi pengalaman dan resepi Tadika dan Taska yang berjaya :)

emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.