Mengenali Vonad Sdn Bhd Ummi :)

Matlamat utama ummi ialah untuk menyediakan latihan profesional dalam bidang asuhan awal kanak-kanak.

Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada 3 Jabatan Kerajaan :

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

2. Perbendaharaan Malaysia di bawah Tajuk Pembekal Tenaga Pengajar (Rujukan : 357-02133121)

3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (Rujukan : Kod Pusat IB0099)

Team ummi adalah terdiri dari 18 orang tenaga pengajar dalam bidang asuhan kanak-kanak khususnya untuk TASKA. Mereka adalah individu profesional yang sangat berpengalaman( ada yang melebihi 20 tahun) terlibat dalam asuhan kanak-kanak samada sebagai pengusaha TASKA, penceramah/jurulatih atau sebagai pengasuh di TASKA.

Setiap TASKA adalah tertakluk di bawah Akta TASKA tahun 1984 dan wajib mempunyai kelulusan lesen daripada JKMM. Untuk mendapatkan lesen, setiap TASKA hendaklah mempunyai pengasuh yang terlatih dalam bidang asas asuhan kanak-kanak. Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak ummi dihadiri oleh ramai pengusaha, pengurus dan kakitangan serta pengasuh TASKA yang sedang beroperasi dan yang baru hendak ditubuhkan. Kursus ummi ini juga ramai dihadiri oleh orang-orang yang masih bekerja dan berminat untuk memiliki/menguruskan taska.

Sehingga tahun 2011, Vonad sudah menganjur sebanyak 30 kali Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang melibatkan peserta melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh taska serta ibu-ibu yang berminat mempelajari ilmu dan konsep perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada asuhanwithummi@gmail.com. Ummi cukup gembira untuk menjawabnya :)

Rabu, Januari 05, 2011

Vonad Babycare Center di Taska Vonad Putrajaya












Taska Vonad Putrajaya di Presinct 15 letaknya berhampiran Mydin Presinct 15 Putrajaya. Gambar-gambar di atas adalah satu unit khas di dalam Taska Vonad Putrajaya, Vonad Babycare Center. Ia adalah khusus untuk penjagaan rapi baby di Taska Vonad ini. Ummi sangat bersyukur kerana setiap bulan Vonad Babycare Center dapat menjaga baby baru yang kecil dan comel. Jadi pengasuh-pengasuh di Vonad Babycare center ini sangat terlatih untuk menjadi si kecil yang baru sahaja bersama ibu dalam masa berpantang. Ceria dan amat berwarna warni Vonad Babycare Center dan juga Taska Vonad Putrajaya. Ummi telah lengkapkan ia dengan banyak peralatan permainan yang bersesuai untuk had umur bayi dan kanak-kanak.

Dalam masa yang datang, perkakasan dan juga kelengkapan di dalam Taska ummi kemas kinikan agar setara dengan keperluan perkembangan bayi dan kanak-kanak.


emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.