Khamis, Januari 07, 2010
Bilik Penginapan Selesa dan Murah bagi Peserta KAAK
Bilik penginapan untuk para peserta ini ummi sediakan untuk memudahkan peserta yang memerlukannya. Maklumlah, peserta-peserta KAAK datang sejauh Sabah dan Sarawak, juga Perlis dan Johor.
Bilik air dan bilik mandi di penginapan ini ada 4, terletak dipenghujung koridor. Tempat penginapan ini memang selesa, lengkap dan murah. Mudah untuk peserta guna. Hanya ditingkat atas Pusat Latihan Vonad.
Surau ummi sediakan ditingkat atas tempat kediaman para peserta KAAK.
Sepanjang koridor panjang ini, ada dilengkapi bilik-bilik penginapan bagi para peserta yang memerlukan tempat untuk menginap sepanjang waktu berkhusus. Harga sewaan bilik cuma RM15/sehari (tidak termasuk makan). Kedai makan pun memang banyak di sekeliling Vonad. Mudah untuk para peserta Vonad makan mengikut citarasa selera mereka. Pada sesiapa yang suka nasi kandar, cuma perlu melintas jalan di depan Pusat Latihan Vonad....dah pun sampai! :)
Di penghujung koridor, ada disediakan televisyen di ruang tamu. Sepanjang pemerhatian ummi, peserta memang penat selepas habis berkhusus pada setiap hari berkhusus. Sampai bilik sahaja, terus tidur. Keesokan paginya, khusus bermula pada 8:30 pagi. Seawal 7:30 pagi, para peserta yang memandu sendiri sudah sampai sebab nak elak kesesakan lalulintas.
Emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.