Gambar-gambar ini ummi ambil sehari sebelum operasi Tadika Vonad Putrajaya pada 3 Januari 2011. Mural- mural dilukis sendiri oleh Cikgu Ija dan Cikgu Ita berminggu-minggu lamanya. Lihatlah, sekitar dalam dan luar Tadika Vonad yang ceria berwarna warni. Pada mula operasi ini, ummi telah lengkapkan Tadika Vonad ummi ini dengan perkakasan yang perlu untuk pembelajaran. Tadika ummi menggunakan e-Xra untuk bacaan Bahasa Malaysia dan juga "Keyword: Peter & Jane" untuk bacaan Bahasa Inggeris. Dua orang cucu ummi, Syafiqah dan Aiman tidak ada masalah membaca dan menulis bahasa Inggeris dengan asas bacaan keyword Peter & Jane yang mempunyai konsep yang amat bagus. Cucu-cucu ummi ini menggunakannya semasa 3 tahun belajar di Tadika Koperasi Minden USM. Tadika USM ini pun sudah berbelas-belas tahun menggunakannya. Bagi pembacaan Bahasa Malaysia, buku bacaan E-Xra memang mudah untuk diikuti dan diajar kepada kanak-kanak yang baru mula belajar membaca.
emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.