Mengenali Vonad Sdn Bhd Ummi :)

Matlamat utama ummi ialah untuk menyediakan latihan profesional dalam bidang asuhan awal kanak-kanak.

Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada 3 Jabatan Kerajaan :

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

2. Perbendaharaan Malaysia di bawah Tajuk Pembekal Tenaga Pengajar (Rujukan : 357-02133121)

3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (Rujukan : Kod Pusat IB0099)

Team ummi adalah terdiri dari 18 orang tenaga pengajar dalam bidang asuhan kanak-kanak khususnya untuk TASKA. Mereka adalah individu profesional yang sangat berpengalaman( ada yang melebihi 20 tahun) terlibat dalam asuhan kanak-kanak samada sebagai pengusaha TASKA, penceramah/jurulatih atau sebagai pengasuh di TASKA.

Setiap TASKA adalah tertakluk di bawah Akta TASKA tahun 1984 dan wajib mempunyai kelulusan lesen daripada JKMM. Untuk mendapatkan lesen, setiap TASKA hendaklah mempunyai pengasuh yang terlatih dalam bidang asas asuhan kanak-kanak. Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak ummi dihadiri oleh ramai pengusaha, pengurus dan kakitangan serta pengasuh TASKA yang sedang beroperasi dan yang baru hendak ditubuhkan. Kursus ummi ini juga ramai dihadiri oleh orang-orang yang masih bekerja dan berminat untuk memiliki/menguruskan taska.

Sehingga tahun 2011, Vonad sudah menganjur sebanyak 30 kali Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang melibatkan peserta melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh taska serta ibu-ibu yang berminat mempelajari ilmu dan konsep perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada asuhanwithummi@gmail.com. Ummi cukup gembira untuk menjawabnya :)

Rabu, November 07, 2012

Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) ke - 52




Pada bulan November 2012, cukuplah sebanyak  52 kali kursus KAAK berjalan di No 5A, Jalan Hentian 3,  Hentian Bas Kajang, Off Jalan Reko, 43000 Kajang, Selangor. Ummi sibuk mengendalikan kursus ini untuk semua peserta yang datang dari pelbagai taska dan negeri. Ummi harap dengan ilmu asas asuhan yang peserta dapat di dalam kursus ini, peserta dapat mengasuh bayi dan kanak-kanak dengan cara yang betul dan penuh kasih sayang.

Kursus KAAK berharga RM600 pada bulan November dan Disember 2012 yang Ummi kendalikan adalah PERCUMA. Hanya pada 2 bulan ini sahaja. 
 

Sila hubungi Ummi 012-2902658 atau Haji Omar 012-3220326 untuk menyertai kursus KAAK PERCUMA.

Emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.

PENGUMUMAN: Laman Web Rasmi Facebook Taska Tadika Vonad


Laman web rasmi Facebook Taska Tadika Vonad Ummi telah di wujudkan pada June 14, 2010.
Banyak berita, gambar dan nasihat Ummi postkan di laman sosial ini untuk tatapan ibu bapa sekalian.

 
        http://www.facebook.com/TaskaTadikaVonad

Pengalaman Ummi membesarkan 7 orang anak-anak Ummi hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara menolong Ummi menentukan hala tuju Tadika Vonad yang lebih cemerlang. Anak-anak Ummi bukan lah semulajadinya genius, cuma Ummi sentiasa memberi sokongan, dorongan, nasihat serta bantuan bila masa mereka menghadapi sebarang masalah di dalam pelajaran mereka. Jalan serta tahun-tahun yang dilalui untuk membesarkan anak-anak Ummi penuh dengan dugaan dan cabaran. Bersimpang siur jalannya. Dalam pada masa yang sama, Ummi tidak pernah lupa untuk mendoakan dan memaafkan anak-anak Ummi :-)

Emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.

Pendaftaran untuk Tahun 2013 Semakin Rancak

Anak Murid Teacher Nur'Ain Kelas 4 Comel yang berumur 4 tahun sedang berbincang apa tue ? :-)

Pendaftaran bagi umur 4, 5 dan 6 tahun di Tadika Vonad Ummi di Blok B-LG2, Presint 15-12A, Putrajaya dan juga di Tadika Vonad Kajang Impiana, Bandar Baru Bangi sedang rancak berjalan. Setiap hari ada sahaja deringan telefon dan pendaftaran baru sesi 2013. Ummi juga tak ketinggalan menerima banyak calls daripada ibu bapa yang ingin mendaftar dan mengetahui lebih lanjut tentang Tadika Vonad Ummi :-)

Keseluruhannya, Ummi lihat pencapaian murid-murid pada tahun 2012 di Tadika Vonad Ummi amat Membanggakan. Rata-rata murid 4, 5 & 6 tahun ini sudah mahir menggunakan motor halus mereka dalam menulis dan membuat kerja seni kraftangan.
Ummi nampak kemahiran mereka dalam membaca dan mengira seawal umur 3 tahun menampakkan komitmen guru-guru dalam pengajaran harian mereka. Kanak-kanak yang mengikuti kelas Iqra' yang diajar oleh Ustazah khas pun ada yang sudah naik Al-Quran pada tahun 2012.

Perancangan Ummi untuk tahun 2013 yang lebih cemerlang, dengan komunikasi Bahasa Inggeris di Tadika Vonad Ummi dipertingkatkan lagi. Dan lagi, aktiviti luaran dan dalaman yang sudah dirangka rapi di dalam Takwim Tadika Vonad 2013 yang penuh dengan lawatan sambil belajar, sambutan harijadi beramai2, sukan, kempen, jemputan, kerjasama pembelajaran dengan badan-badan tertentu, graduasi dan lain-lain lagi. Doa Ummi agar Tadika Vonad 2013 akan lebih Cemerlang Gemilang dan Terbilang! Amin-amin Ya Rabbal Alamin....:-)

Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 
Tadika Vonad Putrajaya 03-88614171 ataupun terus kepada Guru Besar Tadika Vonad Putrajaya
Puan Roslinda Haji Omar hp no. 016-2201009. 

Penyelia Taska Tadika Vonad Kajang Impiana, Bandar Baru Bangi, Cik Iman 03-89223287/ 88837149

Emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.

PENGUMUMAN: Telefon Tadika Vonad Putrajaya dilanda masalah....




                            Pengumuman

 Telefon di Tadika Vonad ummi yang bernombor  03-88881393 di Blok B-LG2, Presint 15-12A, Putrajaya sedang dilanda masalah. Ia tidak ada bunyi tone langsung. Ummi harap dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin .

Akan Tetapi, Ummi ada satu lagi nombor telefon Tadika yang berfungsi dengan baik. Nombornya ialah 03-88614171. Diharap, ibu bapa dapat menghubungi Tadika Vonad dengan nombor ini ataupun terus menelefon Guru Besar Tadika Vonad iaitu Puan Roslinda binti Haji Omar (hp no. 016-2201009).

Kebelakangan ini, bunyi deringan telefon Ummi semakin rancak semenjak Pendaftaran untuk sesi 2013 Tadika Vonad dibuka. Dijangka tahun ini Tadika Vonad Ummi penuh. Takwim 2013 yang sarat dengan aktiviti luar dan dalam Tadika yang mempunyai kelainannya yang tersendiri pun sudah siap dirangka. Ummi sentiasa doa agar murid-murid Tadika Vonad Ummi akan seronok belajar di Tadika Vonad Ummi.......dan mempunyai kenangan di situ yang terbaekk :-)  

emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.