Mengenali Vonad Sdn Bhd Ummi :)

Matlamat utama ummi ialah untuk menyediakan latihan profesional dalam bidang asuhan awal kanak-kanak.

Vonad (Malaysia) Sdn. Bhd. telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan daripada 3 Jabatan Kerajaan :

1. Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

2. Perbendaharaan Malaysia di bawah Tajuk Pembekal Tenaga Pengajar (Rujukan : 357-02133121)

3. Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia (Rujukan : Kod Pusat IB0099)

Team ummi adalah terdiri dari 18 orang tenaga pengajar dalam bidang asuhan kanak-kanak khususnya untuk TASKA. Mereka adalah individu profesional yang sangat berpengalaman( ada yang melebihi 20 tahun) terlibat dalam asuhan kanak-kanak samada sebagai pengusaha TASKA, penceramah/jurulatih atau sebagai pengasuh di TASKA.

Setiap TASKA adalah tertakluk di bawah Akta TASKA tahun 1984 dan wajib mempunyai kelulusan lesen daripada JKMM. Untuk mendapatkan lesen, setiap TASKA hendaklah mempunyai pengasuh yang terlatih dalam bidang asas asuhan kanak-kanak. Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak ummi dihadiri oleh ramai pengusaha, pengurus dan kakitangan serta pengasuh TASKA yang sedang beroperasi dan yang baru hendak ditubuhkan. Kursus ummi ini juga ramai dihadiri oleh orang-orang yang masih bekerja dan berminat untuk memiliki/menguruskan taska.

Sehingga tahun 2011, Vonad sudah menganjur sebanyak 30 kali Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak (KAAK) yang melibatkan peserta melebihi 1000 orang yang terdiri daripada pengusaha, penyelia dan pengasuh taska serta ibu-ibu yang berminat mempelajari ilmu dan konsep perkembangan menyeluruh kanak-kanak.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila emelkan kepada asuhanwithummi@gmail.com. Ummi cukup gembira untuk menjawabnya :)

Khamis, Januari 07, 2010

Bilik Penginapan Selesa dan Murah bagi Peserta KAAK



Bilik penginapan untuk para peserta ini ummi sediakan untuk memudahkan peserta yang memerlukannya. Maklumlah, peserta-peserta KAAK datang sejauh Sabah dan Sarawak, juga Perlis dan Johor.

Bilik air dan bilik mandi di penginapan ini ada 4, terletak dipenghujung koridor. Tempat penginapan ini memang selesa, lengkap dan murah. Mudah untuk peserta guna. Hanya ditingkat atas Pusat Latihan Vonad.




Surau ummi sediakan ditingkat atas tempat kediaman para peserta KAAK.





Sepanjang koridor panjang ini, ada dilengkapi bilik-bilik penginapan bagi para peserta yang memerlukan tempat untuk menginap sepanjang waktu berkhusus. Harga sewaan bilik cuma RM15/sehari (tidak termasuk makan). Kedai makan pun memang banyak di sekeliling Vonad. Mudah untuk para peserta Vonad makan mengikut citarasa selera mereka. Pada sesiapa yang suka nasi kandar, cuma perlu melintas jalan di depan Pusat Latihan Vonad....dah pun sampai! :)




Di penghujung koridor, ada disediakan televisyen di ruang tamu. Sepanjang pemerhatian ummi, peserta memang penat selepas habis berkhusus pada setiap hari berkhusus. Sampai bilik sahaja, terus tidur. Keesokan paginya, khusus bermula pada 8:30 pagi. Seawal 7:30 pagi, para peserta yang memandu sendiri sudah sampai sebab nak elak kesesakan lalulintas.

Emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.

Kraftangan Kreatif dari Peserta-peserta KAAK


















Inilah sebahagian daripada projek-projek yang sangat kreatif dari peserta-peserta KAAK. Pusat Latihan ini yang pada mulanya kosong tanpa sebarang hiasan, kini mula penuh dengan kerja tangan para peserta ummi ini. Ummi sangat berterima kasih kepada peserta-peserta ini. Ummi terpegun melihat sesetengah kerja seni ini hanya menggunakan tangan sepenuhnya, tanpa sebarang berus atau sebarang alatan lain. Lihatlah! cucu ummi Imran..terpegun melihat haiwan zebra :) (lihat Imran di gambar yg mula-mula sekali di post ini.)

Emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.











Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak




Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK) dibuka pendaftarannya sekarang! Tempat terhad.
Peserta-peserta khusus KAAK ini ummi lihat datang dari seluruh negeri di Malaysia. Nampaknya tak ada sebarang masalah untuk menghadiri khusus yang ummi anjurkan ini). Kedudukan pusat ini pun menyenangkan sesiapa yang ingin menyertai kursus yang ummi anjurkan ini. Ummi gerenti Pusat Latihan Vonad ummi ini memang senang dicari.
Emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.

2 Bilik berkhusus KAAK

1) Bilik berkursus Pertama


2) Bilik berkursus Ke-dua.
Vonad ada menyediakan 2 bilik berkursus yang lengkap dan selesa (Pengajar menggunakan komputer, projektor dan skrin dan juga papan putih untuk menulis sebarang nota penting). Pusat latihan ini pun baru dan selesa. Bilik-bilik ini juga berhawa dingin. Pusat ini boleh disertai oleh 40 pelajar sahaja dalam sesuatu jangka masa khusus. Tempat memang terhad!
Emel ummi di asuhanwithummi@gmail.com :) Terima Kasih.

Rabu, Januari 06, 2010

Vonad Sdn Bhd ummi menganjurkan Kursus Bisnes Taska dan Tadika Berkualiti



Inilah Vonad Sdn Bhd ummi yang terletak bersebelahan dengan KWSP di stesyen bas Kajang. Pejabat Vonad dan kediaman para peserta terletak di tingkat 3 dan 4. Kursus Bisnes Taska dan Tadika selama 2 hari akan di adakan di sini pada masa yang terdekat.


Alamat Pusat Latihan Vonad ini adalah di 5A, Jalan Hentian 3, Hentian Kajang Off Jalan REKO, 43000 Kajang.

012-2902658 (Hajjah Salimah)

Jika ada sebarang pertanyaan, emel ummi @ asuhanwithummi@gmail.com